Kafir Berani Hina Islam Sebab Ada Sokongan

Oleh TOK JANGGUT

Tok Janggut tengah berdukacita. Dukacita dengan orang kita yang sanggup menanggalkan topeng agama dan bangsa sendiri untuk memihak kepada manusia yang agama dan bangsanya bukan daripada agama dan bangsa kita, bersama-sama menyetujui yahudi menghina Nabi Muhammad SAW.

Selain berdukacita, Tok Janggut juga sedih dengan sikap seorang pemimpin yang jenis baik di depan, tetapi jahat di belakang, sanggup bersengkokol dengan puak-puak kafir untuk sama-sama memperlekehkan tindakan umat Islam membantah penghina Nabi Muhammad SAW.

Selain sedih, Tok Janggut juga turut kecewa dengan pemimpin yang mendakwa kononnya mereka memperjuangkan Islam, tetapi pada masa sama mereka membela yahudi yang membuat filem Innocence of Muslims dan menyokong kafir Malaysia yang enggan memohon maaf kepada umat Islam.

Apa jenis manusia seperti ini? Di khalayak ramai bercakap mengenai Islam, seolah-olah mereka sahaja yang tahu hukum hakam. Seolah-olah mereka sahaja penganut Islam, sedangkan orang lain bukan Islam tulen. Tetapi apabila rakan yang dipeluknya siang malam, dari kaum dan bangsa kafir menghina Islam, mereka mempertahankannya.

Apa jenis manusia seperti ini? Di dalam negara bercakap hal-hal agama, tetapi apabila di luar negara, bertemu dengan rakan-rakan yahudi, beliau mengutuk kerajaan sendiri dan memperbodohkan umat Islam di depan rakan-rakan zionisnya?

Siapa tidak sensitif kalau Nabi sendiri dihina. Agama yang dianuti diperlekehkan, bukan saja oleh Yahudi dan kafir, tetapi oleh penganut sendiri? Sesiapa pun boleh membuat andaian sendiri dengan mengatakan umat Islam ada masalah sakit jiwa dan sebagainya, tetapi apakah diri sendiri tidak mempunyai masalah itu?

Tok Janggut nak mengambil contoh… contoh saja ya: “jika seseorang pemimpin itu kononnya dituduh meliwat rakan baiknya atau pekerjanya atau kawan kepada rakannya atau pemandu kepada isterinya atau dituduh berzina dengan isteri kawan baiknya atau dituduh meniduri pelacur. Apa perasaan seseorang pemimpin itu? Adakah pemimpin berkenaan tidak sensitif dengan tuduhan itu?

Padahal, bagi Tok Janggut, tuduhan yang dilemparkan kepada seseorang pemimpin itu adalah suatu penghinaan terhadapnya. Bagaimana pula sekiranya pemimpin itu bising-bising marah, menepis akan tuduhan itu dan membuat bantahan, tetapi tiba-tiba di satu pihak yang lain mengatakan pemimpin berkenaan sakit jiwa dan tindakannya sia-sia.

Kemudian Tok Janggut nak memberi contoh lagi… juga sebagai contoh saja ni: “Jika seseorang pemimpin itu yang mengangkat dirinya sebagai tok alim dan menyokong rakan kafirnya memperlekehkan Islam, tiba-tiba dituduh penganut syiah? Walhal dia betul-betul syiah. Apa perasaannya?

Sudah tentu pemimpin berkenaan mengamuk marah. Sebab kalau boleh pemimpin itu tidak mahu fahamannya yang bukan dari Sunnah Wal Jamaah diketahui rakyat. Bolehkah Tok Janggut katakan kemarahan tok guru syiah ini sebagai seorang yang sakit jiwa dan sia-sia?

Reaksi mereka-mereka ini yang Tok Janggut nak tahu dan nak dengar. Supaya Tok Janggut dapat beritahu kepada seluruh umat Islam bahawa mereka-mereka ini juga mempunyai hati dan perasaan. Bahawa mereka-mereka ini mempunyai maruah dan harga diri. Mereka tahu erti sensitiviti. Mereka tahu erti maruah dan mereka tahu erti perghinaan terhadap diri sendiri.

Oleh itu, pesan Tok Janggut kepada pemimpin-pemimpin seperti ini, walaupun bangsanya Melayu, anutannya Islam, sama seperti bangsa dan agama yang Tok Janggut anuti, jangan sekali-kali tunjuk bodoh dengan memberi sokongan kepada yahudi dan kafir yang menghina Nabi Muhammad SAW. Cuba tunjuk sikap sensitif bersama ratusan juta umat Islam yang lain. Barulah Islam bersatu, bangsa lain dan agama lain tidak berani menyentuh Islam.

Tetapi sekarang ini, mereka sewenang-wenangnya mempermainkan agama Islam, memperlekehkan Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, ayat-ayat suci Al-Quran dan Allah SWT. Kenapa mereka tidak takut? Sebab ada orang Islam kita sendiri yang menyokong dan mengiyakan apa yang yahudi dan kafir itu lakukan. Sebab itu golongan laknatullah ini makin besar kepala, sebab ada orang Islam sendiri di belakang mereka.

Sekarang ini pun, sejak Pas bergabung dengan PKR dan DAP, Tok Janggut nampak Islam makin lemah. Tidak sekuat dulu. Dahulu, ketika Pas bersendirian, Tok Janggut nampak sukar untuk puak-puak kafir sentuh orang Islam dan agama Islam.

Sekarang, demi kerana politik, nak dapatkan sokongan atau undi puak-puak kafir, pemimpin-pemimpin Pas telah meletakkan Islam sebagai kain lap kaki. Dipijak, digenyeh kemudian diketepikan.

Ini yang Tok Janggut nak ceritakan sikit pasal Cina DAP dari Perak ni. Mulutnya boros sangat-sangat. Bercakap seolah-olah dia ni kaum majoriti di Malaysia. Berani tidak bertempat, mempersoalkan bantahan yang dilakukan oleh umat Islam ke atas orang yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Cina jenis apa ni? Makin hari makin berani memperlekehkan umat Islam @ Melayu dengan kata-kata yang teramat mengguris hati dan perasaan. Tetapi anehnya, orang-orang Pas diam membisu saja dengan penghinaan Cina DAP ini.

Ini yang menimbulkan tanda tanya Tok Janggut, kenapa sejak akhir-akhir ini, Cina DAP ni makin berani mengutuk orang Islam, makin berani memijak-mijak kepala orang-orang Islam dan makin berani menghenyak-henyak serta melenyek-lenyek orang Islam sehingga lembik dan tidak bermaya.

Namun, sejahat mana sekali pun Cina DAP ini mengutuk, menghina dan mempermain-mainkan agama Islam, tidak ada seorang pun orang-orang ‘islam’ Pas atau orang-orang ‘Melayu’ PKR bangun menegur atau memberi amaran kepadanya. Tidak ada.

Jadi, tidak mustahillah, kalau suatu hari nanti Islam di negara ini menjadi agama minoriti, bangsa Melayu di Malaysia menjadi kaum keempat terbesar selepas Cina, India, Dayak dam Panggang Mereka kutuk TokDua minggu lepas Cina ni ada keluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mengadakan bantahan terhadap pembikin filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Cina DAP tu mempersoalkan kenapa orang Islam harus membuang masa dan tenaga membantah tindakan pembikin filem yang menghina Nabi Muhammad.

Seminggu selepas itu, Cina DAP ini memohon maaf melalui laman twitternya. Dia beri alasan, kenyataannya itu tidak ada niat nak singgung perasaan umat Islam, melainkan saja nak sindir dan pertikaikan tindakan Pemuda Umno.

Dua minggu selepas itu, iaitu semalam, Cina DAP Perak ini menarik balik kenyataan maafnya dan bertegas tidak akan memohon maaf kepada umat Islam. Barangkali Cina DAP Perak ini beranggapan, tak minta maaf pun tak apa sebab umat Islam terutama Melayu di Malaysia ni terlalu bodoh dan boleh dipermain-mainkan.

Kenapa Cina DAP ni berani tarik balik? Sebab reaksi pemimpin Pas menggambarkan apa yang dia buat tu tak salah. Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib misalnya, meminta Cina DAP tu bertanya secara jujur kepada hati kecilnya sama ada tindakannya mengguris hati umat Islam atau tidak.

Katanya, jika dia (Cina DAP) rasa bersalah, patut minta maaf. (Maknanya, kalau Cina tu rasa tak bersalah tak perlulah minta maaf)…

Begitulah hidup bermasyarakat. Dia tidak perlu campur tangan dalam urusan agama kita. Kita pun tidak campur tangan dalam hal agamanya. Ini hak kita,” kata Harun dengan nada lembut.

Selepas ini Tok Janggut yakin dan percaya puak-puak kafir akan terus menghina Islam. Mereka tidak takut berbuat demikian kerana kalau orang Islam marah, dia boleh minta maaf. Baginya, orang Islam ni kalau marah hanya marah hangat-hangat taik ayam.

Tags: , , , , ,

Categories: Kolumnis

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: