Siapa Ustaz Budak?

 

 

KOTA BHARU – Usaha detikperubahan.com untuk menjejaki Ustaz Budak sejak rakaman video ceramahnya disiarkan untuk penjelasan daripadanya hampir menemui jalan buntu.

Pelbagai ikhtiar dibuat tetapi tidak berjaya kerana maklumat terakhir yang diperoleh, Ustaz Budak atau Shamsul Zaman Sukri berusia 23 tahun itu berada di Yaman untuk menyambung pelajaran.

Kali terakhir beliau pulang ke negara ini pada Ramadan lalu dan sempat tampil di atas beberapa pentas untuk berceramah sebelum kembali semula ke negara timur tengah itu.

Namun ada yang juga pendapat nakal mengatakan dia telah ‘disembunyikan’ oleh pihak tertentu bagi mengelakkann isu dipolitikkan dengan lebih teruk.

Menurut beberapa rakannya yang ditemui, Ustaz Budak adalah bekas pelajar sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK), Madrasah Syamsul Maarif, Pulai Chondong, Machang.

Beliau yang berasal dari Kampung Paloh Rawa, Machang dan mendapat pendidikan awal dari Madrasah Syamsul Maarif, Pulai Chondong, Machang.

Ada juga cakap-cakap mengatakan selepas tamat sekolah menengah di madrasah tersebut beliau menyambung pengajian di Pondok Lubuk Tapah.

Shamsul Zaman dikatakan mula berceramah sejak berumur belasan tahun dan sering diundang ke masjid-masjid untuk memberi tazkirah.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini dikatakan beliau tidak lagi dibenarkan memberi kuliah di masjid kerana menggunakan platform tersebut untuk mengecam umat Islam dalam UMNO.

Insya-Allah detikperubahan.com akan berusaha untuk mendapatkan reaksi balas daripadanya dan sekiranya pembaca mempunyai maklumat atau nombor telefon Ustaz Budak mohon jasa baik emel kepada pihak kami.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: