Cadangan Bijak Mansuhkan Cukai Kepala Bakul

Umno berjanji akan memansuhkan cukai kepala bakul sekiranya berjaya merampas Kelantan pada PRU akan datang.

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Cadangan Umno Kelantan untuk hapuskan cukai kepala bakul sekiranya diberikan peluang untuk memerintah negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dianggap sebagai satu cadangan yang baik dan bijak, kata Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhamad Abdul Ghani.

Katanya, cadangan itu wajar dalam usaha negara mencapai wawasan 2020 dan menuju ke arah negara maju.

“Ia satu cadangan yang bagus kerana negara kita kini sedang menuju ke arah negara maju lebih-lebih lagi dalam kita mencapai Wawasan 2020. Lagi cepat ia dimansuhkan adalah lebih baik kerana ia dapat meringankan beban peniaga kecil.

“selain itu ia juga dapat menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi peniaga di bandar dan di luar bandar  itu sendiri kerana tidak lagi dibebani masalah cukai kepala bakul,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein yang menyatakan UMNO Kelantan berjanji akan memansuhkan cukai kepala bakul sekiranya diberikan peluang untuk memerintah negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Awang Adek di dalam kenyataannya berkata, biarpun janji itu berulang namun ia adalah usaha berterusan parti itu untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu golongan peniaga kecil di negeri ini.

Cukai kepala bakul adalah cukai yang dikenakan kepada peniaga kecil di negeri ini bagaimanapun ia sering menimbulkan masalah kerana ia dikutip pada setiap hari dan kadar yang berbeza mengikut peniaga biarpun di pasar yang sama.

Katanya, pembelaan perlu dilakukan segera memandangkan ribuan peniaga kecil di Kelantan kini menghadapi masalah untuk melunaskan bayaran cukai itu berikutan hasil jualan yang semakin merosot.

Muhamad berkata, pendekatan lain boleh diambil oleh Lembaga hasil Dalam Negeri dengan cara memastikan pembayaran cukai yang telus daripada peniaga besar dapat menampung pendapatan kerajaan.

“Sekiranya cukai kepala bakul dimansuhkan, kerajaan boleh menggunakan pendekatan lain dnegan memastikan peniaga yang mempunyai perniagaan yang besar melunaskan cukai mereka dengan telus secara tidak langsung ia dapat membantu kerajaan membangunkan negara dan rakyat,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Author:princesszarra

Nikmati panorama melalaui pancaindera

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: