Lelaki Dipercayai Perogol Bersiri Mula Didakwa

 

KOTA BHARU – Lima pertuduhan secara berasingan di tiga buah mahkamah dikenakan ke atas seorang pemuda yang dikatakan terlibat dalam 26 kes rogol di negeri ini.

Amran Che Jaafar, 29, dari Kampung Sungai Perupok, Bachok bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan tersebut.

Difahamkan tertuduh akan menghadapi lebih banyak pertuduhan selepas ini.

Bagimanapun daripada lima pertuduhan itu hanya satu melibatkan kes rogol manakala selebihnya kes jenayah yang lain.

Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah  Sesyen Pasir Mas, dia didakwa merogol seorang gadis berusia 20 tahun di asrama pekerja Galeri Tudung Ariani di Tanah Merah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Hakim Irwan Suaibon membenarkan supaya tertuduh tidak diikat jamin bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan dan menetapkan 10 Januari depan untuk sebut semula kes.

Ketika di bawa ke penjara dengan berpakaian lokap berwarna ungu, Amran kelihatan tenang tetapi cuba sedaya upaya mengelak daripada wajahnya dirakam lensa kamera.

Sementara itu, di Mahkamah Seysen Kota Bharu, tertuduh berhadapan dengan tiga lagi pertuduhan.

Pertuduhan pertama, Amran didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenama Blacberry, wang tunai RM250, kad pengenalan, kad ATM Bank Islam, lesen memandu seorang wanita berusia 34 tahun di Flat Hijau , Blok 5, Kubang kerian di sini pada 15 November 2011.

Kedua, Amran dituduh menceroboh rumah mangsa untuk melakukan rompakan pada waktu dan lokasi yang sama dan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 450 Kanun Keseksaan  iaitu penjara tidak lebih 10 tahun dan boleh dikenakan denda pada tarikh yang sama.

Ketiga, Amran didakwa menceroboh dengan niat hendak mencabul seorang gadis berusia 23 tahun di asrama no 388 dan 389, Jalan Sultan Yahya Petra, seksyen 7 di sini lebih kurang pukul 10.30 pagi pada 25 November 2011.

Kesalahan tersebut di bawah Seksyen 450 Kanun Keseksaan dan kes disebut semula pada 12 Januari 2012.

Dalam pada itu di Mahkamah Majistret Kota Bharu, dihadapan Majitret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Amran dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa, seorang gadis berusia 23 tahun dengan niat hendak mencabul kehormatan dengan cara mengikat kedua-dua tangan dengan wayar sterika dan memegang buah dada mangsa.

Dia dikatakan melakukan perbuatan tersebut  pada 25 November 2011, lebih kurang pukul 10.30 pagi di asrama no 388 dan 389, Jalan Sultan Yahya Petra, seksyen 7 di sini.

Sebelum ini, polis mendedahkan seorang suspek yang ditahan pada 25 November lalu mengaku terlibat dalam 26 kes rogol dan cubaan merogol di seluruh negeri ini.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a comment