Kerajaan Peruntukan RM267 Juta Jana Pendidikan

Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih RM267 juta bagi melaksanakan 13 program pendidikan di negeri ini sepanjang tahun 2010.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin berkata, jumlah itu melebihi separuh daripada bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan Pas pada tahun yang sama.

Ramai yang tidak sedar Kerajaan Persekutuan juga menyalurkan peruntukan kepada negeri ini sebanyak RM7.9 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

“Sedangkan hasil yang diperoleh oleh Kerajaan persekutuan daripada negeri ini sekitar RM284 juta setahun iaitu daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan cukai kastam,” katanya.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Katanya untuk tahun 2011 sahaja seramai 301 pelajar tingkatan enam dari dua buah sekolah iaitu SMK Raja Sakti dan SMK Pengkalan Chepa 1 menerima wang ihsan berjumlah RM200 seorang dengan jumlah keseluruhan lebih RM60,000 yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank pelajar terlibat.

Yang jelas kerajaan persekutuan tidak pernah menganaktirikan Kelantan apabila meluluskan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi pelaksanaan pelbagai projek di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustapha berkata, sebahagian besar daripada peruntukan tersebut adalah untuk sektor pendidikan, kesihatan dan keselamatan.

Di bawah sektor pendidikan ia termasuk pembinaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus cawangan serta politeknik bagi memberi peluang kepada anak tempatan mendapatkan pendidikan tinggi.

Begitu juga pembinaan bangunan baru sekolah-sekolah di seluruh negeri yang diteruskan untuk kemudahan dan keselesaan anak-anak mendapatkan pendidikan.

Makhtar memberitahu, kerajaan persekutuan juga mengeluarkan pelbagai bantuan bagi membantu pelajar miskin di negeri itu melanjutkan pelajaran sehingga ramai yang mencapai kejayaan dan mengharumkan nama negeri serta negara di peringkat antarabangsa.

Sementara itu tahun ini seramai 18,017 pelajar dari Kelantan yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara menerima bantuan wang ehsan berjumlah RM6.2 juta tahun ini.

Pengerusi Pengagihan Wang Ehsan Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, penuntut di peringkat ijazah menerima RM800, diploma RM500 dan matrikulasi RM300.

“Bantuan itu bagi meringankan beban ibu bapa untuk membiayai perbelanjaan anak di IPT awam dan swasta,” katanya.

Manakala Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebanyak RM42 juta peruntukan wang ihsan diagihkan kepada rakyat negeri ini sejak sumbangan itu mula diberikan tahun lalu.

Katanya, dalam soal agihan, tidak timbul soal pilih kasih kerana golongan sasar mendapat manfaat sama tanpa mengira perbezaan politik dalam pengagihan wang berkenaan.

Sebagai contoh, dalam soal pendidikan, seramai 12,000 pelajar cemerlang seluruh negeri menerima manfaat antara RM100 hingga RM800 melalui agihan wang ihsan dan sudah pasti pengagihan itu membuktikan kerajaan persekutuan tidak pernah lupa dalam usaha menyediakan pembangunan pendidikan kepada rakyat di negeri ini.

Apa yang jelas, sumbangan tersebut bertujuan menggalakkan pelajar mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka.

.

.

Setiap murid dapat 5A dalam UPSR, menerima sumbangan RM100, PMR dengan keputusan 8A ke atas (RM150) dan pelajar SPM yang memperoleh 8A ke atas akan menerima RM200 setiap seorang.

Sementara bagi calon STPM, mereka dapat Gred Nilai Purata 3.5 dan ke atas menerima RM200, manakala yang layak ke program matrikulasi, asasi dan prauniversiti terima RM300.

Manakala pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah sarjana muda pula akan menerima sumbangan berjumlah RM500 dan RM800.

Bantuan yang diberikan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini tidak terhenti di situ apabila kerajaan persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur memperuntukkan lebih RM29 juta untuk agihan komputer riba Netbook 1Malaysia secara percuma kepada 29,200 pelajar sekolah menengah di seluruh Kelantan sepanjang 2011.

Menurut Timbalan Pengarahnya, Syed Anas Syed Omar, pembahagian percuma itu melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama memperuntukan RM10 juta dan kedua RM19.2 juta dalam usaha merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar bandar dan luar bandar.

Untuk jajahan Pasir Puteh sahaja SKMM menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM1.5 juta bagi membekalkan netbook kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan, termasuk dari Sekolah Agama Rakyat (SAR) di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.

Bantuan tersebut juga bertujuan meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk membeli komputer dan menjadi tanggungjawab pelajar menghargai sumbangan Kerajaan Pusat, termasuk menjaga peralatan itu dengan cermat.

Peruntukan kerajaan tidak hanya tertumpu kepada bantuan kewangan serta kemudahan dan peralatan pendidikan golongan pelajar sekolah dan universiti sahaja sebaliknya kerajaan turut menyediakan peruntukan RM247 juta bagi melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada lebih 691,000 murid sekolah rendah di seluruh negara termasuk kelantan sepanjang tahun ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keluarga miskin.

Bantuan RMT itu sudah pasti melegakan banyak pihak terutama golongan miskin yang anak-anak mereka mengharapkan bantuan tersebut untuk mendapatkan makanan berzat.

Yang jelas kerajaan persekutuan bersikap telus untuk mengagihkan bantuan tanpa mengira perbezaan fahaman politik memandangkan RMT amat diperlukan oleh murid-murid miskin tanpa mengira latar belakang keluarga mereka.

Pemilihan itu dibuat melalui penggunaan senarai e-Kasih menyebabkan ramai pelajar yang miskin tersisih.

.

.

RMT yang bermula 16 Januari 2009 membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM194 juta, berbanding bajet asal hanya RM53 juta.

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan bantuan modal sebanyak RM1 juta sebagai menggalakkan usahawan muda terutama lepasan universiti yang berminat untuk membuka tadika di seluruh negeri ini.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh berkata, setiap peserta terbabit akan diberikan modal permulaan sebanyak RM10,000 bagi memulakan operasi tersebut.

Peruntukan itu melibatkan sebanyak 100 buah tadika di seluruh negeri ini. Selain itu kerajaan persekutuan turut memperuntukkan bantuan yuran prasekolah swasta, berjumlah RM228,450 kepada 641 penerima dari 55 tadika di seluruh Kota Bharu.

Sedar atau tidak Kelantan merupakan negeri yang paling banyak menerima bantuan untuk pembangunan pendidikan awal usia terutama pelaksanaan prasekolah swasta melibatkan 124 buah sekolah itu sepanjang tahun 2010.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM124,000 bagi membantu pelaksanaan prasekolah itu.

Peruntukan itu tidak termasuk RM150 kepada setiap murid selama tiga bulan dari September sehingga Disember bagi meringankan beban ibu bapa pelajar terbabit menyediakan keperluan pembelajaran termasuk pakaian seragam.

Selain itu kerajaan pusat juga tidak pernah lupa untuk menyediakan prasarana kepada penduduk di negeri ini seperti pembangunan pendidikan yang mana ditubuhkan pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti teknologi Mara di Machang dan Kota Bharu, Univerisiti Malaysia Kelantan di Bachok, Jeli dan Pengkalan Chepa.

Kerajaan juga turut menubuhkan politeknik, sekolah dan pelbagai kolej di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk meningkatkan tahap dan mutu pendidikan generasi muda di negeri ini.

Tags:

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: