Kelantan Bukan Negeri ‘Cow Boy’ – Ketua Polis Negeri

KOTA BHARU – Kes tembak atau jenayah membabitkan senjata api di Kelantan makin serius.

Perkara itu diakui sendiri oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini sehingga menyebabkan pasukan keselamatan itu menubuhkan pasukan khas bagi mengatasi jenayah yang semakin menjadi-jadi itu.

Apa tidaknya dalam tempoh sebulan pertama ini, tiga orang ditambah semuanya mempunyai hubung kait dengan dadah.

“Tidak perlu cakap statistik tahun lepas, bulan pertama tahun ini sahaja sudah tiga kes, ini benda serius, ini bukan bandar ‘cow boy’ yang boleh buat sesuka hati. 
 
“Kita telah menubuhkan pasukan khas untuk membanteras kes ini. Kebanyakkan kes ini melibatkan sindiket  dadah,” katanya

Serentak dengan itu pihak polis mengeluarkan empat gambar suspek yang dipercayai terlibat dalam dua kes tembak sebelum ini.

Bagi kes pertama yang berlaku pada 7 Januari melibatkan seorang seorang tukang masak warga Thailand cedera terkena tembakan di sebuah kedai makan di Kampung Binjai, Kedai Mulong.

Dalam kes tersebut polis mencari tiga suspek dikenali sebagai Nor Tarmimi Md. Salleh atau Buyong, 29; Mohd. Fuad Mohd Yusuff, atau Fuad Judi, Fuad Sumbat dan Fuad Bundle, 25; Norhisham Md. Salleh atau Esem Botak, 22. 

Kesemua suspek berasal dari Pasir Mas dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Bagi kes kedua, pada 27 Januari lalu, seorang remaja lelaki cedera di pergelangan kaki kanan selepas ditembak seorang lelaki di Kampung Kuchelong, Jelawat, Bachok kerana berbalah dalam isu gadai motosikal.
 
Dalam kes tersebut, polis sedang mengesan Mohd. Suhaidi Mohd. Najib, 24, dari Kampung Kuchelong yang juga rakan kepada mangsa.

Kes ketiga berlaku kira-kira pukul 5 pagi semalam, seorang penjual kuih, Che Hasmah Che Awang, 54, cedera parah akibat ditembak sekumpulan empat perompak yang menceroboh masuk rumah mangsa di Kampung Slow Machang, Pasir Mas.
 
Mengulas mengenai kejadian terbaru tersebut, Jalaluddin berkata, pihaknya menolak kemungkinan kes tersebut bermotifkan samun.

“Mungkin anak dia ada masalah, tetapi yang jadi masalah ialah emak dia,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

2 Comments on “Kelantan Bukan Negeri ‘Cow Boy’ – Ketua Polis Negeri”

  1. yasinsalleh
    February 1, 2012 at 8:10 am #

    Kes tembak makin menjadi di SERAMBI MEKAH. Tiga kejadian dalam masa sebulan dan semua berkaitan dengan dadah. Patut benarlah dipanggil SERAMBI MUKSIAT bukan SERAMBI MEKAH.

  2. bencijenayah
    April 29, 2012 at 1:23 am #

    ketua buyung dikenali Nor Tarmimi Md. Salleh dan ketua paling aktif KETUA NURFINO OMAR dikenali fino pino 1 geng yang sama

    WANTED BERBAHAYA PERAS UGUT, DADAH, TETAK, SEJATA API, ASID, CULIK KETUA NURFINO OMAR 29,BERKEPALA BOTAK SELALU MENAIKI KERETA BERCERMIN GELAP
    . OPRASI SELURUH KELANTAN dan beberapa negeri lain-

    Polis Kelantan mengenal pasti dua suspek berhubung kejadian simbah asid yang melibatkan seorang penjaga bot yang nyaris maut di Kampung Padang Purut Beta Hulu, Nilam Puri.
    Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kedua-dua suspek yang dikenali sebagai Mohd Al Badawi Ab Kadir, 25, dan Mohd Nurfino Omar, 29, juga disyaki turut terlibat dalam kes dua kenderaan yang dipercayai dibakar bersama seorang lagi suspek, Mohd Amin Hashim, 23, di hadapan sebuah kedai di Kampung Pachakan Semerak, Pasir Puteh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: