Kontroversi Apek: Siapa Leuniey?

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Sebelum ini tidak siapa pun kenal gadis bernama Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, sehinggalah tercetusnya kontroversi mendakwa dia dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 23, sehingga sanggup memutuskan pertunangan dengan anak seorang usahawan terkenal di sini.

Dakwaan tidak berasas yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu menyebabkan nama Leuniey menjadi buah mulut dan mana-mana pergi pun dia dihujani pelbagai tohmahan gara-gara berita palsu yang merampas Apex tersebar di twitter sejak 1 Februari lalu.

Umumnya ramai yang tidak mengenali siapa Leuniey sebenarnya dan lantaran ramai yang menyokong dakwaan pemegang akaun twitter @MaHSiH yang membuat pelbagai tuduhan sehingga memburuk-burukkan gadis itu.

Leuniey yang berasal dari Kelantan dan merupakan seorang usahawan yang berbakat besar dan pernah melibatkan diri dalam bidang peragaan yang mana bakatnya mula dihidu oleh sebuah majalah sejak dia berusia 13 tahun lagi.

Leuniey bersama kedua ibu bapanya ketika sidang akhbar di butiknya, N'Touch Trade di Telipot, Kota Bharu

Gelaran juara dalam program Pencarian Duta Bintang Kecil 2004 anjuran Kumpulan Karangkraf memberikan peluang kepadanya untuk menceburi bidang ‘modelling’ seangkatan dengan model kanak-kanak popular ketika itu iaitu Amelia Thirpura Henderson dan Erina Nur Aly, 17.

Selain berbakat besar dalam modeling, Leuniey juga memiliki pakej lengkap untuk bergelar seorang selebriti dan ini diakui sendiri oleh editor majalah Bintang Kecil terbitan syarikat Karangkaraf Sdn Bhd.

Namun, hasrat itu terpaksa dipendam Leuniey ekoran beberapa halangan yang menyekatnya untuk terus aktif dalam modeling.

Menurut Editor Bintang Kecil, Nor Ilyana Abd Halim, Leuniey adalah seorang gadis yang berbakat besar terutama di dalam bidang tarian.

“Saya mengenali Leuniey apabila dia menyertai pertandingan Pencarian Gadis Bintang Kecil pada tahun 2004. Dia seorang yang baik dan rajin berusaha. Dia tidak kenal erti putus asa.

“Bakatnya dalam bidang tarian memang tidak boleh dinafikan. Kemenangannya pada pertandingan itu juga mendapat pujian ramai sebab dia memang layak dan bakatnya tidak dapat dipertikaikan,” katanya ketika dihubungi DetikPerubahan.com.

Nor Ilyana berkata, dia tidak menyangka ada pihak yang membuat tuduhan sebegini terhadap Leuniey.

“Saya mengenali Leuniey. Dia seorang budak yang baik, cantik dan berbakat.

Sepanjang bekerjasama dengan dia saya perhatikan dia memang seorang budak yang baik…pandai bergaul, hormat orang lebih tua dari dia dan sopan santun,” katanya.

Difahamkan selepas memenangi pertandingan itu Leuniey ada mendapat tawaran untuk modelling dan iklan komersial namun impian itu terpaksa ditolak kerana faktor jarak dan masa yang tidak mengizinkan.

Leuniey terpaksa menolak tawaran itu kerana dia menetap di Kelantan dan tidak sanggup untuk berulang alik ke Kuala Lumpur tambahan pula kengkangan waktu kerana ketika itu dia masih belajar.

Leuniey pernah dipilih menjadi model muka depan majalah Bintang Kecil keluaran 15 Januari 2005.

Selain memenangi pertandingan Ibu Anggun Nona 2003 bersama ibunya, Norlaila Abu Bakar, anjuran syarikat yang sama.

Kini, Leuniey dikenali sebagai usahawan muda yang berjaya di dalam bidang andaman yang diusahakan bersama keluarganya.

Butik andaman miliknya, N’Touch Trade merupakan antara butik andaman yang popular di negeri in.

Ikuti laporan Eksklusif berkaitan Apek dan Leuniey di sini dan sini.

 

Tags: , , , , , , , , , , ,

Categories: Berita, Eksklusif

Author:princesszarra

Nikmati panorama melalaui pancaindera

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: