Kes Saman Adun Gual Ipoh Terhadap Penyelaras Dun Disebut 26 Feb Ini

Oleh RAITINI RAHMAN
KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh sebutan kes saman fitnah RM500,000 Adun Pas Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustafa terhadap Pengarah Dun Gual Ipoh daripada Umno.

Saman tersebut difailkan Wan Yusof, 49, berikutan ceramah yang disampaikan Mohd Bakri Mustafa di Kampung Kuala Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah, kira-kira jam 11 malam pada 28 Oktober tahun lalu.

Mohd Bakri dalam ucapannya pada program dikir barat persahabatan itu mendakwa Wan Yusof sekarang hidup mewah dengan mengabaikan rakyatnya di Gual Ipoh dan memiliki sebuah kereta Mercedez Benz lampu bulat yang berharga ratusan ribu.

Plaintif menafikan semua tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan itu kerana ia mengaibkan, menjatuhkan maruah dan kredibilitinya sebagai wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Berikutan kandungan ceramah itu, Wan Yusof mendakwa terpaksa menanggung malu dan terjejas imejnya di mata masyarakat lalu menuntut Mohd Bakri memohon maaf secara terbuka tanpa syarat dan membayar gantirugi sebanyak RM500,000.

Wan Yusof diwakili peguam Hisham Fauzi daripada Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

 

Tags:

Categories: Berita

Author:princesszarra

Nikmati panorama melalaui pancaindera

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: