Najib Lawat Jeli, Pasir Mas, Kota Bharu Jumaat Ini

KOTA BHARU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke tiga buah jajahan di Kelantan pada Jumaat ini.

Bendahari Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat berkata, Perdana Menteri dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 9>05 minit pagi.

Menurut beliau, Najib akan memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera dan keluarga Rejimen Sempadan 2 di Batu Melintang, Jeli.

“Perdana Menteri akan menghadiri majlis ramah mesra anggota tentera dan keluarga di Rejimen Sempadan 2, Batu Melintang.

“Kemudian Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli,” katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

Hanafi berkata, di kampus UMK itu, Perdana Menteri akan menyampaikan replika cek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat yang layak di kawasan Parlimen Jeli.

“Dijangka lebih 20,000 rakyat akan hadir pada majlis bersama Perdana Menteri di Jeli.

Katanya, Perdana Menteri kemudiannya akan ke Sekolah Kebangsaan Othman Talib 2, Pasir Mas dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Hutan Chengal, Pasir Mas.

“Kemudian beliau akan ke Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas untuk menghadiri Majlis Jamuan Rakyat. Dijangkakan lebih 15,000 rakyat akan hadir pada majlis ini. Pada majlis ini Perdana Menteri akan beramah mesra dengan rakyat,” katanya.

Seterusnya Perdana Menteri akan menghadiri Program Minum Petang dan Ramah Mesra bersama profesional Kelantan, di Hotel Grand Riverview di Kota Bharu.

Pada sebelah malamnya, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), akan menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama anggota BN Kelantan di Hotel Renaissance.

Perdana Menteri dijadual mengakhiri lawatan dengan menghadiri majlis jamuan makan malam bersama pegawai kerajaan, bekas perajurit, bekas polis dan pemandu kereta sewa di Kompleks Sekolah Wakaf Mek Zainab.

Tags: ,

Categories: Berita

Author:princesszarra

Nikmati panorama melalaui pancaindera

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: