PBTM Minta Pas Kelantan Segera Tunai Janji Pemberian Tanah

Mohamad bermesra dengan ahli PBTM dalam satu majlis di sini.

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kelantan meminta kerajaan negeri pimpinan Pas segera menunaikan janji untuk menganugerahkan tanah sekurang-kurangnya 0.8 hektar kepada bekas tentera yang tingga di Kelantan dan lahir di negeri ini.

Presidenya, Datuk Muhamad Abdul Ghani berkata, PBTM berharap kejaraan negeri dapat melangsaikan janjinya itu sebelum pilihanraya umum yang akan datang.

Beliau berkata, sehingga kini PBTM masih menunggu tarikh untuk mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan negeri bagi mendapatkan tempat dan lokasi tanah yang akan diagihkan itu.

“Kita juga akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi memastikan kaedah pengagihan tanah terbabit.

“Kami tidak mahu kerajaan negeri hanya membuat janji kosong semata-mata untuk meraih undi pada pilihanraya umum akan datang. Janji itu mesti dilunaskan dan jangan jadikan ianya hanya gula-gula untuk bekas tentera,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri pimpinan Pas akan menganugerahkan tanah sekurang-kurangnya 0.8 hektar kepada bekas tentera yang tinggal di Kelantan dan lahir di negeri ini.

Awal bulan lalu, Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman dilaporkan berkata, kerajaan negeri membentuk sebuah jawatankuasa bagi merealisasikan perlaksanaan itu.

Md Anizam dilaporkan berkata, beliau sendiri yang akan mempengerusikan jawatankuasa tersebut dan kawasan atau tempat tanah itu akan dikenal pasti tidak lama lagi.

Beliau juga dilaporkan berkata, jawatankuasa khas mekanisma itu akan menentukan kelayakan dalam pelbagai sudut bagi menentukan pesara tentera layak menerima tanah tersebut sama ada untuk tapak rumah atau pertanian.

Pada masa yang sama, Md Anizam turut menafikan langkah Kerajaan PAS Kelantan menganugerahkan tanah kepada bekas tentera disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang diwar-warkan semakin hampir.

Sehubungan itu, Mohamad berharap kerajaan negeri mampu menyediakan tanah yang akan memberikan manfaat untuk diusahakan oleh bekas tentera dan bukannya di kawasan yang sukar untuk diterokai.

“kami tahu kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menentukan hak pemilikan tanah. Saya yakin kerajaan negeri mampu menyelesaikan janji ini dalam masa terdekat sekiranya mereka benar-benar ingin menunaikan janji yang dibuat itu,” katanya.

Menurut rekod, Mohamad berkata, jumlah ahli PBTM sahaja sudah mencecah lebih 14,200 orang manakala bukan ahli pula lebih kurang 3,000 orang.

Justeru kerajaan negeri dijangkakan perlu menyediakan 13,760 hektar tanah untuk dianugerahkan kepada bekas tentera sekiranya mereka benar-benar ingin menunaikan janji mereka.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Author:princesszarra

Nikmati panorama melalaui pancaindera

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: