Pembebasan Berlesen Diperkenal

KOTA BHARU – Jabatan Penjara Malaysia akan memperkenalkan program pembebasan berlesen bagi memberi peluang kepada banduan keluar bertemu keluarga untuk mengeratkan hubungan, bermula tahun ini.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar berkata, banduan diberi peluang untuk bertemu keluarga selama tujuh hari melalui program ini bagi memulihkan hubungan kekeluargaan.
“Kita akan beri cuti selama tujuh hari kepada mereka untuk kembali kepada keluarga, sama ada untuk cuti pelepasan atau menziarahi keluarga mereka yang sakit.
“Dengan peluang ini, diharapkan dapat memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan tidak mewujudkan jurang walaupun sebelum ini mereka berada di dalam penjara dan terpisah sejak sekian lama,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek bayaran Ex-Gratia kepada dua penerima sumbangan itu di Penjara Pengkalan Chepa, semalam.
Beliau berkata, banduan yang diberikan keutamaan melalui pembebasan ini, adalah mereka yang menjalani hukuman ringan dan hampir tamat tempoh tahanan.
“Peluang ini akan dilaksanakan pada masa terdekat dan diharap dengan pelaksanaan ini jenayah dapat dikurangkan dan golongan ini dapat kembali kepada masyarakat dengan peluang yang lebih baik.
“Walaupun ia pernah dijalankan sebelum ini namun terpaksa diberhentikan atas sebab-sebab tertentu dan dirancang semula dengan penjenamaan baru dan transformasi dalam strategi lautan biru,” katanya.
Wira berkata, dalam perkembangan lain, setakat ini seramai 950 tahanan parol bebas dan tidak mengulangi perbuatan jenayah.
“Kita harap dengan adanya program ini juga dapat melahirkan bekas banduan yang mampu berdikari dan berjaya menjadi golongan yang berguna pada masa hadapan.
“Sasaran kita agar pada tahun 2020 nanti, lebih ramai banduan akan menjalani program pemulihan masyarakat dan tidak lagi berada di dalam tembok besi dan dipandang serong masyarakat,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: