Rakaman Video Polis Papar Kejadian Sebenar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, polis akan memaparkan rakaman video Perhimpunan BERSIH 3.0 anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang, kelmarin.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi mengelak insiden berkenaan dieksploitasi pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pendapat awam berhubung perhimpunan yang kebanyakannya dipaparkan melalui media sosial.

“Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku oleh anggota polis sendiri

“Majlis Tertinggi (MT) UMNO kesal tindakan kekasaran berlaku, pertamanya mereka tidak menghormati keputusan mahkamah (Dataran Merdeka diisytiharkan kawasan larangan selepas polis mendapat perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur), bererti prinsip the rule of law (kedaulatan undang-undang) diketepikan mereka.

“Polis juga menjadi mangsa kerana dipukul dan sebagainya. Kita melahirkan rasa simpati dan menghargai keberanian polis menjalankan tugas,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Menara Dato Onn di sini, malam tadi.

Najib berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar akan mengadakan sidang media hari ini bagi menerangkan lebih lanjut penyiaran rakaman video itu.
Katanya, serangan ke atas pihak berkuasa dan tindakan merempuh penghadang menunjukkan peserta perhimpunan tidak menghormati keputusan mahkamah, mengetepikan prinsip kedaulatan undang-undang, menunjukkan budaya keterlaluan dan ganas.

Mengenai tindakan polis menembak meriam air dan gas pemedih mata terhadap peserta, katanya, doktor yang terbabit dalam mengendalikan perkhidmatan kesihatan pada perhimpunan itu menyatakan dari segi kesihatan, ia pilihan yang tidak memudaratkan kesihatan dan lebih baik daripada pertempuran secara fizikal.

Najib berkata, kejadian perhimpunan itu adalah situasi kali pertama selepas kerajaan melakukan transformasi politik dengan memansuhkan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan meluluskan Akta Perhimpunan Aman.

Sementara itu, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, acara kemuncak sambutan Ulang Tahun Ke-66 UMNO akan diadakan pada 11 Mei ini di Stadium Bukit Jalil bertemakan ‘UMNO Pembela Rakyat.’ – Berita Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: