Archive | July, 2012

DAP Kekal Pendirian Tidak Sokong Hudud

SHAH ALAM – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan pendirian partinya, yang tidak menyokong perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh Pas. Menurut Guan Eng, pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah, namun bersetuju dengan pelaksanaan negara berkebajikan oleh Pas yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan […]

Continue Reading

City Terlalu Unggul Buat Malaysia

KUALA LUMPUR – Status Manchester City sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) ternyata amat berat untuk dihadapi oleh skuad kebangsaan apabila tewas 3-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Anak buah Datuk K. Rajagobal harus mengakui City lebih bertenaga dan mempunyai kelebihan dari segi fizikal sehingga tidak mampu untuk menyekat Sergio Aguero, […]

Continue Reading

Mercu Tanda Terbaru KL

Kuala Lumpur: Tun Razak Exchange (TRX) yang dilancarkan semalam bakal menjadi mercu tanda baru Kuala Lumpur sebagai peneraju pusat kewangan, perdagangan dan perkhidmatan antarabangsa. Ia juga menjadi tarikan pelbagai aktiviti ekonomi yang memberi hasil berganda, selaras tekad kerajaan menjadikannya ikon untuk komuniti perniagaan berinteraksi dan pusat pertemuan moden bagi penerokaan peluang pelaburan baru mencecah sehingga RM26 […]

Continue Reading

Salleh: Keputusan Lajim Dipengaruh Perang Psikologi Pembangkang

KOTA KINABALU – Keputusan bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin untuk meletakkan semua jawatan dalam parti didakwa kerana terpengaruh dengan perang psikologi pakatan pembangkang yang kononnya akan membentuk kerajaan akan datang selepas pilihan raya umum akan datang. Menyifatkan keyakinan pakatan pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka itu hanya sekadar propaganda politik, Timbalan Pengerusi […]

Continue Reading

Felcra Bayar Dividen RM400 Juta

TEMERLOH- Felcra menjadi agensi terbaru memberi duit raya apabila memperuntukkan RM400 juta bagi bayaran dividen kepada 85,000 penerokanya sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, dividen tersebut adalah hasil daripada pengeluaran ladang Felcra sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Katanya, peserta Felcra akan menerima […]

Continue Reading

Nik Aziz Tidak Layak Tentukan Pahala, Dosa

KOTA BHARU – Sebagai seorang insan biasa, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat tidak layak memutuskan ganjaran pahala, dosa dan syurga bagi seseorang individu. Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, semua ganjaran tersebut merupakan urusan Allah SWT, bukan bidang kuasa manusia menentukannya. Beliau berkata, sekalipun manusia itu bergelar […]

Continue Reading