1,142 Usahawan Tumpat Terima Pinjaman TEKUN

Noor Zahidi (kanan) menyerahkan cenderahati sumbanganTEKUN kepada Mohd Nazari sempena program turun padangnya bersama usahawan TEKUN di Kampung Tujoh.

Oleh HANA BALQIS
TUMPAT – Seramai 1,142 usahawan di Tumpat menerima pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dalam membantu mengembangkan perniagaan usahawan kecil.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, TEKUN telah mengeluarkan RM2, 988,500 pinjaman kepada usahawan terbabit sejak Januari hingga 3 Julai lalu.
“Berbanding tahun lepas dari Januari hingga Disember hanya RM3,238,337 sahaja pinjaman dikeluarkan TEKUN,” katanya.
Menurutnya, daripada jumlah pinjaman TEKUN tahun ini menjadikan daerah Tumpat jajahan kedua tertinggi menerima pinjaman itu.
“Saya difahamkan peminjam TEKUN di daerah ini adalah yang kedua terbaik di Kelantan membayar balik pinjaman tersebut,” katanya ketika ditemui dalam program tinjauan mesra pemimpin dengan peminjam TEKUN apabila beliau turun padang di enam premis usahawan di Parlimen ini.
Turut hadir, Eksekutif TEKUN Nasional Kelantan, Norhayati Zakaria dan Pengurus TEKUN Kawasan Parlimen Tumpat, Mokhtar Osman.
Noor Zahidi berkata, Umno Bahagian Tumpat sentiasa mengadakan kursus dengan kerjasama agensi kerajaan bagi membina usahawan yang lebih berjaya.
“Mana–mana usahawan yang berminat untuk membuat pinjaman dengan TEKUN boleh hadirkan diri di pejabat TEKUN di Chabang Empat.
“Setiap permohonan pinjaman yang memenuhi syarat mengambil masa 21 hari bekerja untuk lulus,” katanya.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Author:princesszarra

Nikmati panorama melalaui pancaindera

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a comment