SPR Laksana Pembaharuan

Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi memastikan proses pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) adalah 100 peratus rahsia, telus lagi adil.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata perkara itu dapat dizahirkan selepas pihaknya setuju melaksanakan sebahagian besar daripada 32 cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, sebelum ini. Katanya, antara pembaharuan akan dilaksanakan SPR adalah perubahan susun atur dan kedudukan wakil calon dalam bilik pengundian pada hari membuang undi.
“Jika dulu, tempat duduk wakil calon atau wakil parti diletak bersebelahan pintu masuk ke bilik mengundi, tetapi sekarang mereka akan ditempatkan menghadap pintu masuk.

“Tujuannya, supaya wakil calon atau wakil parti boleh melihat dengan lebih jelas dan mengenal pasti wajah setiap pengundi yang masuk ke situ sebelum mereka mengundi. Ini adalah antara 10 pembaharuan diusulkan PSC kepada SPR,” katanya.

Empat Kerani Pengundian

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat khas kepada wakil media berhubung tatacara proses pengundian, selain demonstrasi susun atur bilik mengundi dan penggunaan dakwat kekal di Ibu Pejabat SPR, di sini semalam.
Mengulas lanjut, Aziz berkata SPR akan melantik empat Kerani Pengundian yang mempunyai tugas berbeza bagi memastikan proses dan tatacara pengundian di tempat mengundi pada PRU-13 adalah benar-benar rahsia, telus dan adil.

Katanya, kerani pengundian pertama wajib melaungkan nombor muka surat, nombor siri, nombor MyKad dan nama setiap pengundi bagi membolehkan wakil calon atau wakil parti menyemak kesahihan identiti serta maklumat berdasarkan salinan daftar pemilih yang ada pada mereka.

“Pengundi kemudian diwajibkan pergi ke meja Kerani Pengundian Kedua untuk jari telunjuk kiri atau mana-mana bahagian badan seperti ditetapkan mengikut undang-undang, dicalit dakwat kekal.

“Sekiranya pengundi berkenaan tidak mempunyai jari telunjuk kiri, kita boleh mencalit dakwat kekal berkenaan pada mana-mana jari di tangan kiri.

“Jika ada pengundi tidak mempunyai jari sebelah kiri, maka kita benarkan dakwat kekal dicalit pada jari telunjuk tangan kanan atau mana-mana bahagian anggota badan lain sebelum mendapat pengesahan di meja Kerani Pengundian Ketiga,” katanya.

Tak benar guna alat tulis

Sementara itu, bagi mengelak tohmahan, SPR tidak akan membenarkan Kerani Pengundian Ketiga menggunakan sebarang alat tulis, termasuk pen atau pensil.

Pada masa sama, nombor siri pada penjuru kiri kertas undi yang sebelum ini akan kekal dalam buku undi apabila setiap kertas dikoyak untuk diserah kepada pengundi, kini tidak akan wujud lagi. – Berita Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: