Bayi Hidapi Jantung Berlubang

KOTA BHARU – Kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata kedua, hampir 14 tahun lalu bertukar hiba, apabila anak yang baru dilahirkan tidak seperti bayi seusianya kerana menghidapi penyakit jantung berlubang.

Pasangan Maslini Yusof, 33, dan Almi Ahmad, 42, tidak pernah menyangka kehadiran anak kecil yang menjadi pengikat kasih dalam rumah tangga mereka itu, perlu bertarung nyawa menanggung penyakit terbabit, walaupun baru berusia tiga bulan.

Menurut Maslini, ketika dilahirkan bayi itu yang diberi nama Ainun Azli Kaisara, tidak menunjukkan sebarang tanda ganjil walaupun dilahirkan secara pembedahan di Hospital RajaPerempuan Zainab II (HRPZ II).

“Saya baru dapat kesan dia menghadapi penyakitnya itu, selepas 50 hari berpantang dan mendapati hingus pekat yang berwarna kekuningan keluar dari dalam hidungnya.

“Melihatkan keadaannya, saya bawa dia ke hospital untuk sedut kahaknya, tetapi doktor sahkan dia bukan menghadapi selesema biasa, malah mengalami masalah jantung,” katanya kepada Sinar Harian.

Maslini yang merupakan suri rumah sepenuh masa berkata, terkejut menerima berita itu pada mulanya, namun dia tetap kuatkan semangat dan berusaha mendapatkan bantuan untuk rawatan
susulan anaknya itu.

“Bayi saya ditahan di wad sejak 26 Mei lalu di wad biasa sebelum ditempatkan di unit rawatan rapi sehingga kini.

“Setakat ini, dia dalam keadaan terkawal tetapi perlu dirujuk kepada pakar kerana keadaannya itu yang perlu menerima rawatan susulan,” katanya.

Maslini berkata, dia mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak yang sudi membantu kerana gaji suaminya yang bekerja sebagai buruh, tidak seberapa dan perlu menanggung ibu dan kakaknya yang mengalami masalah kesihatan dan menetap bersamanya di Bunut Payung.

“Saya amat mengharapkan bantuan, kerana tidak mampu menanggung kos rawatan yang menelan belanja puluhan ribu ringgit.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang, diadakan di rujuk kepada pakar di Hospital Serdang, Kuala Lumpur untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh terus salurkan kepada akaun Public Bank atas nama Maslini Yusof di nombor 4899647120. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: