Lagi Gangguan Bekalan Air, Lebih 5,000 Akan Terjejas

KOTA BHARU – Kira-kira 5,000 penduduk di sini dan Pengkalan Chepa akan mengalami gangguan sementara bekalan air bersih esok berikutan kerja penyelenggaraan (ujian tekanan) dilakukan di Loji Rawatan Air di Tanjung Mas.

Eksekutif Hal Ehwal Pengguna Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan berkata kawasan yang terlibat ialah Kampung Chekok, Chempaka, Kampung Tanjung Mas, Kampung Chat, Taman Uda Murni, Kampung Kok Pasir, Paya Bemban, Kampung Kitang, Kampung Landak, Kampung Telok Puteri, Padang Bongor, Kampung Langgang, Kampung Setol dan pengguna di bandar ini.

Beliau berkata AKSB melakukan ujian tekanan itu bagi pelaksanaan projek kajian kehilangan air tidak terhasil (NRW) di seluruh negeri dan tempoh gangguan dijangka berlaku antara 11 malam hingga 3 pagi keesokannya.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Info AKSB di talian 1300-88-2572. – Bernama

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: