Gambar Seks: PKR Siasat Azmin?

KUALA LUMPUR  – Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa bercadang melakukan siasatan dalaman terhadap Timbalan Presidennya, Azmin Ali berhubung penyebaran gambar aksi panas yang dikatakan mirip beliau pada April lalu.

Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata, siasatan dalaman itu bagaimanapun tidak dipersetujui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun didesak keras Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin kanan parti lain.

Katanya, pertelingkahan itu menyebabkan berlakunya keretakan dalam PKR yang mana wujud dua kem iaitu kem menyokong siasatan terdiri daripada penyokong Dr. Wan Azizah dan kem yang menolak siasatan terdiri daripada penyokong Anwar dan Azmin.

“Saya difahamkan siasatan dalaman PKR ini tidak direstui Anwar. Beliau tidak mahu siasatan dijalankan walaupun diasak Presiden dan pemimpin kanan parti.

“Ada juga desas-desus mengatakan kamera litar tertutup itu dipasang pihak tertentu dalam kerajaan negeri Selangor sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

April lalu, beberapa laman blog mendedahkan gambar seks mirip Azmin tetapi beliau menafikannya sambil menuding jari kepada media dan UMNO kerana memfitnahnya namun tiada laporan polis dibuat.

Sementara itu, Zamil berkata, adalah tidak masuk akal bagi seorang pemimpin yang lantang bercakap berhubung hak asasi, keadilan sosial dan integriti namun tidak mempertahankan haknya sendiri jika benar beliau difitnah.

“Apa keputusan dan rumusan terhadap pendedahan gambar seks mirip Azmin itu? Perkara berkenaan telah mendapat liputan meluas media dulu, tetapi apa kesudahannya?

“Kenapa Azmin berdiam diri? Saya difahamkan beberapa laporan polis dan bantahan dibuat daripada pengundi kawasannya Gombak serta ahli kariah masjid. Namun, persoalannya adakah ia berhenti setakat itu sahaja?” katanya.-Utusan Malaysia

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: