Daerah Bachok Wakil Kelantan Peringkat Kebangsaan Dalam Pertandingan Keceriaan

Replika pintu gerbang Jalur Gemilang ini menjadi mercu tanda K1M Kuau Keluat untuk pertandingan keceriaan merdeka 2012

Oleh IZZ MIQAEL

BACHOK – Buat julung kalinya daerah Bachok terpilih mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan bagi pertandingan keceriaan  merdeka anjuran Jabatan Penerangan Malaysia sempena sambutan kemerdekaan ke 55.

Pengerusi Komuniti 1 Malaysia (K1M) Kuau Keluat, Che Norddin Che Husin berkata, ini adalah kali pertama K1M Kuau Keluat mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan seumpamanya.

“Ini adalah perkembangan yang positif apabila hampir setiap tahun Kerajaan Persekutuan mengambil berat perihal rakyat pedalaman melalui pelbagai program.

“Dengan adanya pertandingan ini, rakyat akan lebih menghargai keamanan yang ada melalui usaha untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan dan pengisiannya di setiap pelosok kampung,” katanya.

Beliau berkata, untuk pertandingan tersebut, penduduk berkongsi idea untuk membina sebuah binaan pintu gerbang daripada buah kelapa bercorak berselang seli merah putih seperti Jalur Gemilang.

Selain itu, terdapat juga pulut Jalur Gemilang seberat 14 kilogram hiasan taman yang diperbuat daripada bahan terpakai dan rekaan pantun bertema kemerdekaan yang direka oleh Che Norddin sendiri.

Sempena penilaian tersebut, tiga wakil dari Jabatan Penerangan Malaysia turun padang untuk melihat sendiri keunikan wakil Kelantan.

Mereka terdiri daripada Pengarah Cawangan Perhubungan Antarabangsa, Jabatan Penerangan Malaysia, Lim Ann Teck, Ketua Penolong Pengarah Senireka Bahagian Komunikasi Visual, Jabatan Penerangan Malaysia, Latif Ibrahim dan Ahmad Badaruddin Abdul Haq.

Kehadiran penilai ini disambut 55 konvoi basikal dihiasi Jalur Gemilang dan diiringi ke anjung bestari.

Pertandingan keceriaan merdeka 2012 ini bertujuan menyemarakkan sambutan ulangtahun kemerdekaan melalui kreativiti pengibaran Jalur Gemilang di bangunan, kawasan dan premis masing-masing.

Ia terbahagi kepada lapan kategori iaitu bangunan kerajaan dan swasta, kampung, sekolah, taman perumahan, individu, pintu gerbang dan Anjung Komuniti 1 Malaysia.

Penilaian pemenang akan dibuat berdasarkan kepada tiga kriteria utama iaitu kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah.

Antaranya ialah kepelbagaian hiasan dan reka letak bendera, membuat bendera dengan penggunaan flora dan bahan-bahan terpakai serta paparan lukisan, grafiti, pantun atau slogan yang menterjemahkan tema hari kemerdekaan.

Tags: , , , , , , , ,

Categories: Berita

Author:princesszarra

Nikmati panorama melalaui pancaindera

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: