Archive | October, 2012

Najib: Rakyat Perlu Hargai Pemimpin Amanah, Tepati Janji

SUNGAI PETANI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji. Beliau berkata pemimpin yang tidak pernah mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan wajib disokong oleh rakyat demi kesejahteraan negara. “Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham […]

Continue Reading

Ahmad: Tidak Ada Individu Di Sabah Terima Sejuta Saham Felda

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menafikan terdapat individu tertentu di Sabah menerima sejuta unit saham Felda Global Ventures Holding (FGV). Menurutnya, jika ada yang menerima saham Felda, ia hanya diserahkan kepada kerajaan negeri bukan kepada individu tertentu. “Kalau cerita atau khabar angin mengatakan ada individu yang menerima sehingga […]

Continue Reading

PBNJ Pikat Mat Yo

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sekali lagi menyatakan hasrat bawa masuk penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, untuk sarung jersi Johor untuk saingan Liga Malaysia, musim depan. Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, PBNJ kini masih menunggu jawapan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo untuk bersama Harimau Selatan. “Terpulang […]

Continue Reading

Industri Getah Kekal Penting: Mustapa

KUALA LUMPUR – Industri getah kekal sektor penting dari segi pelaburan, pekerjaan dan eksport untuk negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata, volume dagangan getah Malaysia untuk Januari-Ogos 2012 berkembang sebanyak 14 peratus untuk mencecah RM17.7 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Katanya, jumlah pelaburan yang diluluskan bagi […]

Continue Reading

Pas Kelantan Akan Bertanggungjawab‘

KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan Pas Kelantan akan bertanggungjawab terhadap skandal Projek Lembah Sireh bernilai RM2 bilion yang sehingga kini masih gagal dilaksanakan sepenuhnya sedangkan tempoh perjanjian akan berakhir pada 2015. Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya turut tidak menghalang mana-mana pihak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan […]

Continue Reading

PKR Selangor Tawar Wan Azizah 4 Kerusi

SHAH ALAM – PKR Selangor sedia menawarkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk ditandingi Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, empat kerusi tersebut adalah kerusi Dun paling selamat untuk ditandingi berdasarkan rekod baik kemenangan parti itu pada PRU lalu. Katanya, kerusi […]

Continue Reading