Pengawal Emas Yamashita Mengawal Terowong Di Palekbang

OLYMPUS DIGITAL CAMERATUMPAT – Sejak seminggu lalu kecoh di seluruh negeri ini mengenai penemuan sebuah lubang yang dikatakan terowong peninggalan Jepun sehingga menyebabkan kawasan seluas kira-kira 2.2 hektar itu menjadi tumpuan awam.

Biarpun sehingga kini tidak ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa namun timbul tanda tanya apabila terdapat lebih 10 pengawal keselamatan mengawal kawasan berkenaan daripada ‘ditembusi’ orang awam.

Soalnya siapakah pengawal keselamatan ini sehingga sanggup bertindak diluar kawalan termasuk mahu merampas kamera jurugambar akhbar serta televisyen tempatan.

Alasan yang diberikan oleh pengawal itu ialah kawasan yang dimiliki Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu terpaksa ditutup bagi memastikan keselamatan umum.

Jika benar ia melibatkan keselamatan umum kenapa tidak pihak yang lebih berautoriti seperti polis dan tentera mengawal kawasan berkenaan?

Malah dengan nada marah, salah seorang pengawal berkenaan menegaskan bahawa tidak ada siapa boleh mempertikaikan kehadiran mereka di kawasan berkenaan kerana mereka dilantik oleh kerajaan negeri.

“Tiada siapa yang boleh mempersoalkan mengapa kita berada di sini kerana ini adalah projek kerajaan dan menerima arahan untuk menghalang orang daripada pergi ke kawasan itu.

“Demi Allah saya mendapat perintah daripada kerajaan negeri untuk mengawal kawasan ini, kalau nak masuk juga minta kebenaran daripada Datuk Husam Musa,” kata seorang pengawal kepada DetikPerubahan.com.

Namun selepas meminta lelaki berkenaan mengeluarkan dokumen yang menunjukkan kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan larangan, dia tidak mampu untuk mengeluarkannya,

Selepas diasak berkali-kali, lelaki yang berusia di awala 40-an ini mendiamkan diri tetapi tetap bertegas tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk melepasi sekatan yang dibuat itu.

Ketika perbualan tersebut berlangsung sebuah kenderaan pacuan empat roda  jenis Toyota Fortuner bernombor pendaftaran PAS 11 keluar daripada kawasan berkenaan. Semakan DertikPerubahan.com mendapati kenderaan itu didaftarkan di atas sebuah syarikat, Pusat Rawatan Al-Madani yang beralamat di  lot 1118, Lorong Seri Kedeper, Kampung Baung, Pengkalan Chepa.

Difahamkan turut berada di dalam kenderaan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

 

Sementara itu, Mstar melaporkan, Pada 30 November, sebuah syarikat perlombongan pasir menemui struktur seperti terowong tertanam di bawah jambatan keretapi ketika membersihkan kawasan itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat tempatan telah diarahkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengepam keluar air dari terowong.

Tujuh telaga berhampiran jambatan keretapi juga ditemui dan dikatakan menjadi sebahagian daripada terowong.

Penduduk di sini percaya struktur tersebut adalah sebahagian daripada bandar purba yang tertimbus di bawah tanah dengan saiz sebesar sekurang-kurangnya tiga padang bola sepak.

Ada juga yang berfikir terowong ini mempunyai panjang sekurang-kurangnya 100km dan dibina sama ada oleh Jepun atau British.

OLYMPUS DIGITAL CAMERASiti Noor Aishah Deraman, 57, berkata setakat yang dia tahu, terowong dan telaga telah digunakan untuk mengisi air ke dalam lokomotif stim pada zaman dahulu.

Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob telah dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata bahawa kerajaan negeri masih mengkaji perkara itu dan akan memaklumkan kepada orang ramai selepas kajian telah disiapkan dan menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi.

Bantuan tentera telah diminta kerana kemungkinan terdapat senjata kerana ia dahulunya merupakan kawasan tentera Jepun, katanya.

Sekadar renungan, apakah ini terowong masa yang ingin dibina oleh Husam di mana di dalamnya terdapat landasan keretapi laju?  

Tags: , , , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

%d bloggers like this: