Melayu Merempat Di Bumi Sendiri

Oleh Tok Janggut

20121222-131328.jpgTahun 80-an dulu Tok Janggut berusia 20-an. Dah bekerja. Dah ada gaji dan pendapatan. Cuma di awal usia tu Tok Janggut belum kahwin lagi. Sebabnya, mak dan ayah Tok Janggut pesan, kalau nak kahwin, kena ada simpanan dulu.

Bagi orang tua, simpanan yang mereka maksudkan mesti ada rumah sendiri dulu. Mesti ada kereta sendiri dulu dan mesti ada pendapatan tetap dulu baru boleh fikir soal kahwin. Nak berumah tangga dan nak pelihara anak perempuan orang.

Alhamdulillah, di akhir tahun 80-an, berkat usaha gigih Tok Janggut bekerja dan simpan duit, dapatlah Tok Janggut beli sebuah rumah kos sederhana pada kadar harga RM32,000 dan sebuah kereta terpakai.

Maknanya, dengan adanya rumah sendiri dan kereta sendiri, Tok Janggut telah layaklah nak mendirikan rumah tangga. Lihat keadaan Tok Janggut yang dah stabil, mak dan ayah Tok Janggut pun restulah Tok Janggut berbini.

Di akhir tahun 80-an jugalah Tok Janggut bernikah dan sehingga kini dikurnikan enam orang anak. Alhamdulillah. Syukur. Tiga daripada anak Tok Janggut pun dah besar-besar dan dah ada pendapatan masing-masing. Cuma tiga lagi masih bersekolah.

Sedari anak dah besar-besar, Tok Janggut pun gunalah nasihat mak ayah Tok Janggut kepada anak-anak Tok Janggut. Suruh mereka beli rumah dan beli kereta sebagai persediaan masa depan kalau-kalau dah ada hati nak berbini.

Bila sebut pasal beli rumah, anak-anak pun merungutlah. Mereka kata, masa zaman ayah dulu bolehlah beli rumah kos rendah harga RM25,000 dan rumah kos sederhana RM32,000. Di zaman 90-an hingga 2000-an ni mana ada lagi rumah macam tu.

Mereka kata lagi, yang ada sekarang ni rumah-rumah teres semuanya harga RM75,000 ke atas seunit. Rumah Semi-D harga RM150,000 ke atas seunit dan rumah banglo harga paling murah pun antara RM250,000 ke RM450,000 seunit. Mana mampu.

Tok Janggut terfikir. Iya tak iya jugak. Tok Janggut perasan, sejak tok guru ambil alih Kelantan tahun 1990, semua projek pembinaan rumah kos rendah berharga RM25,000 dan kos sederhana berharga RM32,000 seunit dah tak ada lagi dah. Yang ada pembinaan rumah kos sederhana berharga RM75,000 ke atas.20121222-131339.jpg

Maknanya Tok Janggut antara manusia Kelantan yang bernasib baiklah dapat beli rumah ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) perintah. Kalau Tok Janggut buat tak peduli masa umur 20-an dulu, gerenti sampai sekarang pun Tok Janggut tak mampu beli rumah dalam zaman Pas perintah.

Kenapa jadi begitu? Siapa yang mampu beli rumah sempit, walaupun tiga bilik dengan harga RM75,000? Kalau tidak orang bukan Melayu. Orang bukan Islam. Jadi, apa motif kerajaan Pas Kelantan menghapuskan projek rumah kos rendah dan kos sederhana?

Apakah dengan memperkenalkan skim rumah mampu milik, orang Melayu, orang Islam mampu membelinya pada harga RM150,000 ke atas seunit? Ini nak mampus orang Melayu, nak mampus orang Islam namanya.

Seperti yang didedahkan oleh Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, bahawa kerajaan Pas Kelantan banyak meluluskan tanah untuk pembinaan rumah, tetapi kelulusan itu khusus untuk membina rumah jenis kondominium yang pastinya tidak mampu dibeli atau dimiliki oleh orang Melayu, orang Islam.

Sejak 1990 sehingga kini, jarang nampak kelibat Melayu, kelibat orang Islam tinggal di rumah-rumah yang dibina pada zaman Pas memerintah. Boleh dikatakan, dalam 150 unit, hanya seorang atau dua orang sahaja muka Melayu beragama Islam. Selebihnya wajah-wajah sepek.

Tok Janggut berasa amat sedih dengan perkembangan ini. Ia berlaku di Kelantan. Di negeri yang kononnya diperintah oleh kerajaan Islam. Apa Islamnya kalau tanah rizab Melayu telah dijual, digadai dan dipajak kepada bukan Melayu.

Apa Islamnya kalau orang Melayu, orang Islam hidup merempat di negeri sendiri. Menjadi kuli kepada bangsa bukan Melayu dan kaum bukan Islam.

Begitu juga dengan tanah. Tok Janggut nak ceritakan kisah bapa saudara Tok Janggut yang mendapat kebenaran daripada bekas MB dulu, Allahyarham Datuk Asri Muda untuk meneroka tanah di ulu Kelantan.

Selama 40 tahun bapa saudara Tok Janggut meneroka, bercucuk tanam dan mendirikan rumah kediaman di atas tanah seluas enam ekar, tetapi sehingga kini tanah itu belum diberi hak milikkan oleh kerajaan Pas Kelantan. Maka bergelarlah bapa saudara Tok Janggut itu sehingga sekarang dengan panggilan Peneroka Haram.

Namun, apa yang mengejutkan Tok Janggut, iaitu selepas mengikuti sesi perbahasan Bajet 2013 Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, seorang wakil rakyat BN mendedahkan kerajaan Pas Kelantan telah menganugerahkan tanah seluas 4,210.4 hektar bersamaan lebih kurang 105,000 ekar kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd.

Kenapa Tok Janggut sebut nama syarikat dari Perak ni? Kerana dua ekor pengarah syarikat ini ialah pemimpin kanan DAP Perak, iaitu Adun Sitiawan, Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming. Kedua-dua Cina ini berasal dari Perak, tetapi mendapat tanah yang begitu luas daripada Kerajaan Pas Kelantan.

Siapa tak sedih kan. Rakyat sendiri yang berbangsa Melayu, beragama Islam usaha lebih 40 tahun tanah hutan seluas enam ekar, sampai sekarang belum dapat hak milik, tetapi Cina DAP Perak, yang tak ada kena mengena dengan darah daging Melayu dan Islam, senang-senang mendapat tanah yang cukup luas. Boleh buat 10 lapangan terbang.

Sedihkan. Tapi, itulah hakikatnya kerajaan Pas Kelantan lakukan terhadap rakyatnya.
Tok Janggut difahamkan, penganugerahan tanah seluas lebih 4,000 hektar kepada Cina DAP itu dikatakan sebagai habuan kerajaan Pas Kelantan kepada DAP Perak kerana melantik Adun Pasir Panjang, Mohamad Nizar Jamaluddin dari Pas menjadi MB Perak untuk selama 11 bulan.

Sebagai tanda terima kasih kepada Cina DAP itu, maka kerajaan Pas Kelantan pun berkata, “ambiklah tanah yang ‘tak seluas mana ini’ (di Kelantan) sebagai balas jasa.

20121222-131347.jpgTok Janggut termenung seorang diri memikirkan apa lagi akan menimpa nasib bangsa Melayu, umat Islam Kelantan pada masa akan datang. Dahlah nak milik rumah, tidak mampu beli. Teroka tanah selama 40 tahun pun dinafikan hak milik.

Dengan itu, marilah kaum kerabat Tok Janggut di Kelantan. Ajaklah anak-anak yang cari rezeki di perantau, balik kampung memberi undi kepada kerajaan BN pada PRU 13 ini supaya tanah seluas lebih 4,000 hektar yang diberikan kepada Cina DAP itu dapat ditebus semula.

Supaya ‘peneroka haram’ yang usaha tanah hutan selama setengah abad mendapat hak milik dan supaya skim rumah kos rendah, rumah kos sederhana dan rumah mampu milik benar-benar dilaksanakan menepati kemampuan sebenar rakyat Kelantan.

Tok Janggut nak ajak kaum kerabat Tok Janggut, marilah kita memajoritikan bangsa Melayu, umat Islam dalam pemilikan rumah, tanah, perniagaan dan pekerjaan di tanah kelahiran sendiri. Bukan lagi hidup merempat dan menjadi hamba.

Tags:

Categories: Kolumnis

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

7 Comments on “Melayu Merempat Di Bumi Sendiri”

  1. Nallarayan
    December 23, 2012 at 10:04 am #

    tepat sekali. skg ni banyak rumah2 di kelate dibeli oleh org cino. nik aziz duduk rumah banglo, rakyat dia duduk rumah stinggan.

  2. December 28, 2012 at 6:44 pm #

    tok guru tak duduk rumah banglo.harap maklum

  3. December 28, 2012 at 6:49 pm #

    bukan di kelantan sahaja tidak ada rumah kos rendah dan sederhana. negeri-negeri lain di bawah pemerintahan barisan Nasional pun sama juga. malah terdapat beberapa buah negeri yang diperintah barisan Nasional berpuluh-puluh tahun seperti sabah , juga mempunyai rakyat yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

  4. Khairol
    January 2, 2013 at 8:21 pm #

    aku sokong saidah..melayu bukan merempat kat kelantan je.kat negeri lain yang diperintah BN pun sama..buat ape nak burukkan negeri kelahiran sendiri..gila ke?

  5. Khairol
    January 2, 2013 at 8:22 pm #

    Aku tengok kat johor melayu lagi teruk..nama ada kayo rayo..semua dok merempat jua.cina juga yang kayo..gilo gilo

  6. Hisham
    January 5, 2013 at 11:23 am #

    Masalah melayu merempat ni bukan masalah Kjaan semata-mata….tetapi masalah individu melayu itu sendiri juga…masing2 ada weightage….tetapi masalah yg utama bukan masalah melayu miskin…tetapi lebih kpd masalah jatidiri melayu yg beragama islam…yg skrg amat longgar pegangannya kpd Allah dan Sunnah Nabi SAW…

  7. February 13, 2013 at 8:34 pm #

    Brape byk peluang pekerjaan yg ada untuk rakyat kelantan (hampes) dah lah gaji murah,, Kalo byk peluang xpe laa jgk,,, hidup perlu duit untuk kos hidup,, , fikir2kan… Hidup kerajaan BN Dan umno,, wslm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: