Selamat Tahun Baru : Jangan Pikul Dosa Kering

nik-aziz-oct291Sebelum Tok Janggut memulakan topik minggu ini, terlebih dahulu Tok Janggut nak menyusun jari mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca dan orang-orang politik sama ada yang masih bernyawa mahupun yang sudah meninggal dunia.

Selamat tahun baru juga Tok Janggut ucapkan kepada pembaca dan orang-orang politik, terutama tok guru. Semoga tahun baru 2013 akan memberi banyak kesedaran dan keinsafan kepada tok guru dalam berpolitik.

Dan semoga juga tok guru sedar dan insaf bahawa berpolitik sebenarnya banyak menghimpunkan dosa-dosa kering dan dosa-dosa basah yang tak terpikul oleh tok guru atas apa yang tok guru lakukan seperti mengabaikan amanah dan tanggungjawabnya menjaga serta membela rakyat.

Tok Janggut kata begitu kerana Tok Janggut teringat akan kata-kata Ayah Sin (Tan Sri Hussein Ahmad) suatu ketika dahulu. Ayah Sin kata, pemimpin yang berjawatan rendah, dosanya kecil dan sedikit berbanding orang politik yang berjawatan tinggi dan besar.

Ayah Sin membuat contoh, katanya, dosa ADUN agak kecil kerana seseorang ADUN tak boleh menipu besar. Seorang Exco, dosannya besar sikit daripada seorang ADUN sebab segala keputusannya dalam menabur janji kepada rakyat perlu mendapat restu daripada MB.

Begitu juga dosa seorang Timbalan Menteri Besar. Dosanya besar sikit daripada dosa yang dipikul oleh Exco sebab seperti diketahui umum, seorang timbalan menteri besar hanya menjadi pak turut kepada menteri besarnya.

Oleh itu, jelaslah tahap dosa yang akan dipikul oleh seorang menteri besar. Besarnya dosa seorang menteri besar adalah lebih besar daripada dosa yang dipikul oleh seorang ADUN, seorang Exco dan seorang timbalan menteri besar.

Tok Janggut sangat takut akan dosa yang besar. Sebab itu pada Tok Janggut, kalau tak jadi pemimpin politik pun tak apa. Pemimpin yang munafik kepada rakyat, rakyat tak akan memaafkan kita sampai bila-bila dan selagi rakyat tidak memaafkan kita, selagi itulah kita akan memikul dosa, walaupun 100 tahun atau 1000 tahun kita beramal.

Tok Janggut bukan nak tunjuk pandai pasal agama, pasal hukum hakam agama, tetapi Tok Janggut sekadar nak beri peringatan kepada pemimpin politik terutama yang berjawatan tinggi supaya dalam memimpin kena ingat dosa pahala.

Jangan anggap kita mengajar agama setiap pagi Jumaat, kita tak ada dosa. Jangan anggap hukum yang kita lafazkan itu berasaskan daripada pengetahuan yang kita miliki. Nak bergelar tok guru tak boleh sumpah seranah, maki hamun, memfitnah atau menuduh orang lain jahil atau kafir.

Nak jadi tok guru juga kena tahu cara berdakwah. Kena berbuat baik kepada rakyat yang sama agama dan sama bangsa dengannya. Juga kena pastikan rakyat beragama Islam dan berbangsa Melayu mendapat segala kebaikan dan kebajikan. Bukannya bila bergelar seorang tok guru, rakyat bukan seagama yang diutamakan.

Seorang tok guru juga tak boleh menyimpan dendam atau berdendam. Tok guru kena sentiasa senyum, kena sentiasa bersabar, peramah, pengasih dan penyayang, bukan bercakap macam murai tercabut ekor bila rasa tak puas hati kepada seseorang. Bukan bercakap merapu hingga tergelincir daripada landasan seorang yang alim, warak dan zuhud bila tak puas hati kepada seseorang.

Tiap masa dan ketika bercakap mengenai Allah dan Nabi Muhammad, tetapi perbuatan dan sikap menunjukkan seolah-olah tidak kenal Allah dan Nabi Muhammad. Langsung tidak mencerminkan diri seorang sebagai tok guru.

Sedihnya Tok Janggut dapat seorang tok guru macam ni hinggakan Tok Janggut rasa malu nak mengaku berasal dari negeri Serambi Mekah. Malu dengan sikap dan perangai tok guru, yang bercakap seperti tak tahu agama. Suka menuduh. Suka mencaci maki dan suka berjanji palsu.

Sebagai seorang beragama Islam, bila Tok Janggut kaji sejarah pemerintahan tok guru sejak tahun 1990 sehingga tamat penggal PRU 12 ini, Tok Janggut berasa amat sedih sekali. Sedih kerana banyak tanah-tanah rizab Melayu sudah dijual dan diberi pajakan kepada orang bukan Islam.relai

Tanah-tanah hutan yang kaya dengan hasil balak, emas, timah dan tembaga diberikan kepada orang bukan Islam, kononnya mereka ini yang dapat ‘usahakan’ menjadi duit. Dan duit itu pula, kononnya akan masuk ke poket kerajaan negeri untuk pembangunan.

Kalau betul itu yang berlaku, taklah Tok Janggut persoalkan, tetapi yang berlaku ialah tanah-tanah yang diberikan kepada orang bukan Islam itu adalah hak rakyat. Dan ‘hasil’ yang dikatakan masuk ke poket kerajaan negeri itu hanya 000.001 peratus daripada kekayaan yang orang bukan Islam dapat.

Negeri berkebajikankah macam ni, kalau rakyat hidup merempat? Negeri Islamkah macam ni, kalau rakyat hidup merana dan miskin? Tanah-tanah yang diteroka dan diusahakan oleh rakyat dengan tanam-tanaman dirampas, diambil balik dan diberikan kepada orang bukan Islam?

Tok Janggut tak tahu apa ada dalam pemikiran tok guru. Mengabaikan rakyat sendiri, mengutamakan kroni dan rakan-rakan bukan Islam. Kalau dalam pemikiran Tok Janggut yang sempit ini, mudah saja Tok Janggut buat keputusan… Itu adalah perbuatan menyalahgunakan kuasa. Apa yang Tok Janggut nampak ialah tok guru telah menggunakan kuasanya untuk menyusukan kera di hutan, sedangkan anak sendiri dibiarkan kebuluran.

Dan perangai tok guru ni pula amat buruk sekali. Setiap kesalahan atau penyelewengan yang dilakukan, kalau didedahkan oleh rakyat, mulalah keluarkan kenyataan berbaur ugutan. Nak saman. Itulah jawapannya untuk tutup kes atau isu berkenaan dipanjangkan.

Tak ‘gentlemen’ langsung. Sepatutnya, bila kita dah buat salah, biarlah rakyat ungkit dan bangkit. Atau pun jawablah secara profesional, biar rakyat tahu apa yang kita buat tu betul dan apa yang rakyat anggap tak betul tu ‘betul’. Bukannya tutup mulut rakyat dengan ugutan nak saman.

Kalau macam ni, sedaplah jadi menteri besar. 100 tahun pun boleh jadi menteri besar. Buat silap… “ikut akulah… engkau tahu apa… engkau peduli apa…”. Rakyat langsung tak boleh nak ungkit. Kalau ungkit juga, tunggulah surat saman dari ‘loyer’ akan sampai. Akhirnya rakyat terkontang kanting dengan seribu satu pertanyaan.

ngehTok Janggut tabik dengan Ketua Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof yang yakin dan percaya rakyat masih keliru serta tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung pemberian tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.

Tanah tu hak milik kerajaan negeri Kelantan atau dengan lain perkataan, hak milik rakyat Kelantan. Tetapi 4,000 hektar daripadanya telah diberikan kepada orang bukan Islam yang tinggal luar dari Kelantan. Macam tak ada orang Kelantan yang nak diberikan tanah tu. Orang bukan Islam dari parti DAP juga diberinya.

Isu inilah, bila rakyat Kelantan ungkit, tok guru ugut nak saman. Mudahnya tok guru takutkan rakyat. Tak baik tok guru buat macam tu. Kalau kita dah terbuat silap, biarlah rakyat lepaskan amarahnya. Lagipun, rakyat ada hak nak tanya, nak tegur dan nak marah dengan sikap baik hati tok guru kepada Cina DAP itu.

Tok guru seharusnya lebih profesional. Cuba tok guru tengok pemimpin Umno yang kena fitnah. Ada pemimpin Umno ugut nak saman? Contohnya, orang-orang yang sama waktunya dengan tok guru tuduh perdana menteri bunuh altantuya. Ada perdana menteri ugut nak saman?

Contohnya lagi, orang-orang yang juga sama waktu dengan tok guru tuduh bini perdana menteri beli cincin berlian harga puluhan, malah ratusan juta ringgit, ada bini perdana menteri ugut nak saman? Tak ada pun. Bahkan, perdana menteri dan bininya ‘steady’ je dengan tuduhan itu. Kenapa mereka berdua ‘steady’? Sebab mereka tak buat. Apa nak takut… nak kecoh… nak saman? Berani kerana benar.

Tok guru pun harus macam perdana menteri dan bininya jugalah. Kena sentiasa ‘steady’, bukan gelabah tak tentu pasal dan ugut nak bawa ke mahkamah. Mana kejantanan tok guru?
nik aziz ngeh

Tags: , , , ,

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: