GPRS: Kerajaan Negeri Gagal Urus Keperluan Rakyat

imageSHAH ALAM – Kerajaan Negeri disifatkan gagal menguruskan keperluan asas rakyat berikutan krisis air yang melanda hampir 100,000 penduduk di Lembah Klang sejak enam hari lalu.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya mempunyai pelan jangka pendek (bagi mengatasinya jika tidak bersetuju dengan usaha penyelesaian yang ingin dilakukan Kerajaan Pusat.

Menurutnya, kedegilan Kerajaan Negeri itu uhntuk menyelesaikan isu air tidak mustahil akan membawa kesengsaraan berulang kepada penduduk terlibat khususnya di kawasan selatan Selangor.

“Kami kesal apabila Kerajaan Negeri seolah-olah menidakkan kebenaran walaupun pakar-pakar, syarikat konsesi air dan pihak terlibat telah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah ini perlu ditangani degan segera dan cadangan Projek LRA Langat 2 dapat mengatasinya.

“Waktu sudah suntuk untuk pentingkan diri kerana beberapa loji di negeri ini berada pada tahap maksimum penggunaan dan bila-bila masa sahaja akan menimbulkan krisis air seperti yang sedang  berlaku di beberapa kawasan,” katanya, semalam.

Sohaimi turut mencabar Kerajaan Negeri supaya membentangkan cadangan utama (Master Plan) mengatasi masalah air daripada terus berdolak dalik mengeluarkan kenyataan politik dengan menuding jari menyalahkan pihak lain.

“Kita sudah masak dengan taktik yang digunakan Kerajaan Negeri yang selalu mencari alasan ketika Kerajaan Pusat tampil dengan cadangan. Mahu guna air lombonglah, mahu guna teknologi membranlah dan macam-macam lagi.

“Tetapi hakikatnya krisis masih berlarutan dan mereka mula menyalahkan Kerajaan Pusat, syarikat konsesi air, peralatan, loji dan sebagainya sedangkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk mitigasi air di Selangor mereka tidak gunakannya,” katanya.

Beliau berkata, rakyat negeri ini perlu merbuka mata dalam menilai kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang yang ternyata gagal memberi khidmat terbaik lebih-lebih lagi dalam memastikan keperluan asas rakyat mencukupi.

Hampir 100,000 penduduk di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang berkemungkinan terpaksa berhadapan masalah air untuk seminggu lagi berikutan kerosakan sistem rumah pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: