Rebat RM200: Najib Bangga Sambutan Hangat

imageKUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bangga untuk melihat rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar seperti diumumkan dalam Belanjawan 2013 mendapat sambutan hangat.

Dalam tweet terbarunya semalam, beliau berkata, langkah pemberian rebat itu akan membolehkan rakyat Malaysia lebih akses kepada gerbang maklumat dan berkomunikasi.

“Bangga untuk melihat rebat telefon pintar sebanyak RM200 yang dijanjikan dalam Belanjawan 2013 mendapat sambutan hangat. Ia bermakna kita semua menjadi lebih dihubungi,” katanya.

Perdana Menteri juga meminta pengikut Twitter beliau mengenai model telefon pintar yang akan mereka pilih.

Tweet itu diulangi lebih 500 kali dalam tempoh masa kira-kira 10 minit dengan beberapa pengguna twitter membalas dan memberitahu Perdana Menteri mengenai telefon pintar impaian mereka.

Kelmarin, Kabinet bersetuju beliau tiada had harga untuk pembelian telefon pintar dengan menggunakan rebat RM200 tersebut yang dikhususkan kepada golongan belia berusia 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia selaras ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan oleh Najib, September lepas. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: