Sedia Hadapi Banjir Gelombang Kedua

imageKUALA KRAI – Hujan berterusan, adakalanya lebat sejak kelmarin menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah ini mula dinaiki air namun sehingga petang semalam, belum ada pusat pemindahan banjir dibuka.

Antara kawasan teruk terjejas adalah beberapa kampung di Mukim Kuala Pertang dan Kampung Pemberian apabila jambatan menghubungkan mereka dengan kawasan luar ditenggelami air.

Penduduk Kampung Bedal dan Kuala Nal di Mengkebang terutama pelajar turut terjejas, apabila jalan utama mereka dinaiki air lebih 0.3 meter dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan sejak 8 pagi.

Jambatan tenggelam

Ketua Pas Cawangan Tanjung Kala di Mukim Kuala Pertang, Alwi Hassan berkata, jambatan besi menghubungkan empat kampung iaitu Tanjung Kala; Sungai Tasan; Pasir Jering dan Kebun Pisang dinaiki air sejak lima hari lalu.

“Keadaan bertambah buruk apabila hujan mula turun semula sejak kelmarin dan hari ini (semalam). Nak tunggu air surut, kena tunggu empat lima hari juga,” katanya kepada Sinar Harian.

Alwi berkata, empat kampung terbabit kini terputus hubungan selepas bot digunakan untuk membawa penduduk berulang-alik menyeberangi sungai terbalik pada kejadian petang kelmarin.

“Enjin tenggelam dan bot pecah, jadi sekarang penduduk tidak kemudahan untuk berulang-alik. Nak keluar melalui jalan Kampung Chenulang pun tak boleh sebab banjir juga,” katanya.

Tinjauan di Tanjung Kala mendapati jambatan besi itu tidak lagi kelihatan kerana ditenggelami banjir, manakala seorang penduduk di pinggir sungai berpindah ke rumah keluarga selepas rumahnya dinaiki air.

Bot bersama enjin sumbangan Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman untuk kegunaan penduduk Pasir Jering pula dipinjam sementara untuk kemudahan penduduk Tanjung Kala menyeberangi sungai.

Penduduk diminta bersedia

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Rahman Ja’apar pula menasihatkan penduduk supaya siap sedia menghadapi kemungkinan banjir gelombang kedua selepas hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, orang ramai perlu berjaga-jaga kerana keadaan cuaca tidak menentu itu boleh menyebabkan banjir terutama di kawasan rendah dan tebing sungai.

“Penduduk terpaksa guna jalan sungai seperti dari Bahagia dan Mambong seberang Sungai Kelantan juga dinasihatkan supaya berhati-hati kerana paras air sungai semakin tinggi dan arus deras,” katanya.

Abdul Rahman berkata, persediaan awal sebelum banjir seperti menyimpan harta benda dan dokumen penting di tempat selamat perlu untuk memudahkan penduduk berpindah sekiranya diarah berbuat demikian.

“Terutama bagi penduduk tinggal di tempat rendah dan pinggir sungai, saya harap mereka akan segera berpindah ke tempat lebih selamat jika diarah oleh pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, nasihat supaya berhati-hati turut diberikan kepada pengguna jalan raya, berikutan keadaan jalan licin dan pemandangan terhad akibat hujan.

“Jika bertembung dengan jalan ditenggelami air, pastikan keadaan benar-benar selamat untuk dilalui atau cari jalan alternatif lain yang lebih selamat,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: