Awang Adek: NGO Tidak Perlu Demonstrasi, Lebih Baik Berunding

prk-p94-2010_0193BACHOK  – Badan Bukan Kerajaan (NGO) pro PAS di Kelantan tidak perlu melakukan demontrasi untuk menuntut royalti minyak sebaliknya menggunakan saluran rundingan secara berhemah.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyemak tuntutan berkaitan hasil petroleum itu, bagi kepuasan semua pihak.

“Ini termasuk meminta kerajaan Kelantan, Terengganu dan Pahang menghantar wakil untuk menduduki jawatankuasa berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk Kampung Pantai Damak di sini, hari ini.

Beliau mengulas demontrasi yang dilakukan badan bukan kerajaan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan bagi menuntut wang royalti minyak baru-baru ini.

Ogos tahun lepas, Najib mengumumkan penubuhkan jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus mengenai isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Jawatankuasa khas itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari Kerajaan Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan yang diperkenankan Sultan negeri tersebut.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, soal tuntutan royalti minyak di Kelantan berkaitan dengan undang-undang dan mereka tiada hak untuk menuntut sesuka hati kecuali mempunyai hasrat yang tersirat.

Beliau percaya isu itu sengaja diadakan dengan tujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pada saat-saat pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir supaya mereka terus kekal memerintah Kelantan.

Katanya, kalau mereka jujur sebarang masalah boleh dibawa berbincang menerusi jawatankuasa yang sedang ditubuhkan itu.

Awang Adek berkata, PAS sudah kehabisan modal untuk mengelirukan rakyat apabila slogan-slogan yang dibawanya gagal dilaksanakan seperti Membangun Bersama Islam dan terkini Negara Berkebajikan.

Katanya, BN Kelantan tidak gentar dengan tindakan PAS itu kerana rakyat Kelantan sudah matang untuk menilainya siapa yang benar. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: