Mahkamah Tolak Permohonan Anwar Batal Dua Tuduhan

IMG_9672.storyimageKUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menolak permohonan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan dua pertuduhan ke atasnya, membabitkan Perhimpunan Bersih 3.0, 28 April tahun lalu.

Hakim, Mahmud Abdullah memutuskan demikian selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung permohonan tersebut.

Mahmud berkata, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak, mengkaji, atau memutuskan perintah yang dikeluarkan mahkamah yang lebih rendah (Majistret).

Menurut hakim, mahkamah perlu meneliti kesemua rekod majistret bagi mempertimbangkan perintah majistret berhubung perhimpunan itu.

“Bagaimanapun, mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian, untuk memastikan perintah majistret itu sah atau tidak,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes itu. Pada 28 Mei lalu, Anwar memfailkan bantahan terhadap perintah yang dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April dan 1 Mei 2012.

Beliau mengemukakan permohonan itu atas alasan perintah yang dikeluarkan adalah tidak betul dan tidak sah.

Anwar mendakwa pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan tidak sah kerana Majistret Zaki Ashraf itu tidak menamakannya di dalam perintah itu.

Beliau mendakwa perintah yang dikeluarkan majistret itu tidak pernah diwartakan dan dilampirkan di tempat-tempat yang berkebolehan bagi orang awam mengetahui mengenai perintah itu mengikut Seksyen 90(2) Kanun Acara Jenayah.

Pemimpin itu mendakwa prosiding terhadapnya berhubung kedua-dua pertuduhan itu juga adalah tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Pada 22 Mei tahun lalu Anwar, bersama Timbalan Presiden PPKR Mohamed Azmin Ali, 48, dan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin, 34, didakwa mengambil bahagian dalam protes jalanan yang mencetuskan huruhara di ibu negara.

Mereka turut berdepan pertuduhan kedua iaitu bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim, dengan menghasut mereka membuka sekatan besi di Jalan Raja, di sini, pada hari sama.

Dalam pada itu, pada 2 Julai lalu, mereka didakwa dengan pertuduhan ketiga iaitu bersubahat dengan Tangam, Rajesh dan Farhan bersama penyokong ‘Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0)’ yang melebihi lima orang untuk menentang perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April, yang melarang perhimpunan diadakan di kawasan Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei 2012.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: