Penternak Lembu Dapat Dividen

imageGUA MUSANG – Rakyat miskin yang berdaftar dengan e-Kasih di daerah ini, amat bertuah kerana mereka sentiasa menerima bantuan daripada pelbagai program projek ekonomi yang disumbangkan agensi kerajaan.

Mereka mendapat pelbagai bantuan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), dan terbaru bantuan projek ternakan lembu yang dilancarkan sejak beberapa bulan lalu.

Adun Galas, Ab Aziz Yusof berkata, projek ternakan lembu di bawah Program Pendapatan (PPP) Negeri Kelantan, turut mengumpulkan keuntungan dan dividen itu akan diagihkan kepada orang miskin.

Beliau berkata, usaha itu adalah terbaik untuk meningkatkan pendapatan mereka yang terbabit dengan projek berkenaan.

“Di Parlimen Gua Musang kita ada lima peserta yang terlibat dalam projek terbabit termasuk seorang di Dun Galas, lima Dun Nenggiri dan tiga Dun Paloh,” katanya ketika menyampaikan dividen itu kepada seorang peserta e-Kasih di Kampung Kundur, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama pada majlis penyampaian itu, Pegawai JPPK Daerah Gua Musang, Muhamad Shukri Abdul Aziz.

Menurut Ab Aziz, projek ternakan lembu itu sumbangan Felcra bertujuan memberi pemulihan kepada penduduk miskin.

Beliau berkata, ini menunjukkan keprihatinan pelbagai pihak termasuk agensi dan jabatan kerajaan terhadap rakyat yang berdepan dengan bebanan perbelanjaan.

“Kita harap mereka yang mendapat keistimewaan itu menggunakan dengan baik peluang yang diberikan itu supaya dapat merubah kehidupan mereka,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Othman Jantan, 45, penerima agihan dividen projek ternakan lembu yang pertama e-Kasih ketika ditemui, menyuarakan rasa gembira apabila dipilih sebagai penternak tunggal bawah program tersebut di Dun Galas.

“Saya berjanji akan memajukan projek berkenaan, supaya keuntungan hasil ternakan itu nanti dapat meningkatkan ekonomi keluarga.

“Saya bersyukur kerana diberi bimbingan dan ternakan lembu sudah pasti akan memberi sumber pendapatan baru yang boleh menjamin masa depan keluarga saya, ” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: