Pihak Berkuasa Diminta Pantau Keadaan Banjir

imageKOTA BHARU- Lebih 15 tahun penduduk di Kampung Sri Pulau, di sini, tinggal di kawasan terbabit tidak ubah seperti tinggal di ‘pulau’ apabila kawasan kediaman mereka digenangi air setiap kali tibanya musim tengkujuh.

Penduduk di kawasan itu mengharapkan, pihak berwajib dapat meninjau keadaan longkang yang tersumbat yang menyebabkan masalah air bertakung sehingga kini tanpa jalan penyelesaian.

Pengerusi persatuan penduduk taman berkenaan, Daud Omar berkata, perkara ini pernah dilaporkan kepada pihak berwajib dan mengadakan pertemuan dengan mereka, namun tiada tindakan susulan dilakukan.

“Sebelum ini terdapat sistem pembetung, namun ia ditutup oleh pihak yang menjalankan kerja-kerja pembinaan di kawasan berkenaan.

“Perkara terbabit bukan masalah baru tetapi sudah bertahun lamanya berlaku di kawasan ini, yang menyebabkan penduduk terpaksa memindahkan barangan perabot dan berharga ke tempat yang lebih tinggi bagi mengelakkan ia mengalami kerosakan,” katanya.

Beliau berkata, hal ini perlu diberi perhatian bagi menangani masalah itu yang menyukarkan penduduk  sehingga terpaksa berpindah ke rumah saudara mara atau keluarga terdekat sebelum menunggu air surut.

“Masalah akan bertambah kronik, apabila hujan tidak berhenti dan menenggelamkan seluruh kawasan rumah hingga ke paras pinggang. Harapan kami sebagai penduduk di sini, supaya pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat meninjau keadaan berkenaan supaya penduduk di sini dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan mengelakkan masalah ini berulang.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: