Royalti Dalam Bentuk Wang Ehsan

imagePASIR PUTEH – Royalti minyak dan gas Kelantan yang diagihkan secara terus kepada rakyat dalam bentuk wang ehsan tidak harus dipertikaikan rakyat negeri ini.

Pengerusi Penyelaras Pembangunan Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, rakyat negeri ini tidak perlu lagi menagih royalti kerana mereka menerimanya dalam bentuk wang ehsan dari semasa ke semasa.

Katanya, tindakan rakyat Terengganu yang tidak bersetuju kerajaan menuntut royalti kerana mereka menerima wang ehsan yang diagihkan dengan baik kepada mereka perlu dicontohi.

“Mereka (rakyat Terengganu) yang mendapat banyak bantuan wang ehsan tidak lagi memerlukan royalti tetapi rakyat negeri ini masih menuntutnya.

“Wang ehsan bukan satu-satunya bantuan kepada rakyat kerana sebelum ini pelbagai bentuk bantuan diagihkan dan selepas ini rakyat sekali lagi menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“BR1M ini bukan untuk pancing undi kerana jumlah penerima hanya tiga juta orang sedangkan jumlah pengundi 11 juta,” katanya pada Majlis Penyampaian Wang Ehsan Parlimen Pasir Puteh di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman di sini, baru-baru ini.

Sebanyak RM240,000 wang ehsan diagihkan kepada 1,200 pelajar diwakili ibu bapa yang menerima surat pengesahan pada hari itu bagi membolehkan mereka membuat tuntutan di sekolah masing-masing.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh berkata, royalti tidak diberikan kepada kerajaan negeri kerana pimpinan Pas tidak tahu menguruskan wang.

“Kita tidak mahu melihat rakyat tidak negeri ini tidak mendapat apa-apa manfaat daripada royalti ini apabila agihannya diuruskan kerajaan negeri.

“Bersyukurlah dengan apa yang kita peroleh hari ini dan bersama menterjemahkan rasa syukur itu dengan memberikan sokongan kepada kerajaan yang sudah membuktikan kewibawaan dalam mentadbir negara ini sejak lebih 50 tahun lalu,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: