Sampah Terbiar Tidak Dikutip

imageKOTA BHARU- Rata-rata penduduk di Kota Jembal di sini, rasa tidak puas hati dengan pihak pengurusan yang mengambil tender mengutip sampah di pekan berkenaan, apabila sampah dibiarkan dan tidak dikutip mengikut jadual yang sepatutnya.

Seorang peniaga kedai makan di kawasan itu, Rohaya Busu berkata, sampah yang dibuang dalam tong yang disediakan, tidak dikutip lori yang sepatunya mengikut jadual sehingga mengeluarkan bau busuk yang meloyakan.

“Sepatutnya jadual kutipan adalah dua kali dalam sehari bukan dibiarkan seminggu sehingga kami terpaksa berniaga dalam keadaan sampah sarap berselerak. Akibat masalah itu, ia menjejaskan perniagaan makanan yang diusahakan dan pelanggan turut merungut disebabkan masalah itu,” katanya.

Seorang penduduk di pekan Kota Jembal, Nik Murni Ismail berkata, dia mengharapkan masalah ini dapat di atasi dengan segera.

Beliau merasa hairan apabila masalah pengurusan sampah itu terus berlaku walaupun aduan sudah diajukan kepada pihak berkuasa.

“Keadaan ini menyukarkan penduduk tempatan untuk membuang sampah di kawasan situ.

“Perkara tersebut perlu diberi perhatian segera kerana ia melibatkan ramai peniaga yang mencari rezeki di kawasan berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, peniaga dan penduduk di kawasan tersebut mengharapkan masalah terbabit dapat diselesaikan dengan segera bagi menjamin kebersihan di kawasan setempat dan memberi keselesaan kepada mereka.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: