10 Rumah Diancam Hakisan

imagePASIR PUTEH – Beberapa tahun lalu, penduduk di Kampung Bukit Abal Timur di sini meluahkan kebimbangan kerana arus deras sungai mula menghakis tebing pada musim tengkujuh.

Masalah itu menarik perhatian agensi berkaitan yang membina benteng dengan meletakkan bakul batu di kawasan berisiko di tebing Sungai Bukit Abal itu.

Banjir beberapa hari lalu, bagaimanapun menyebabkan tebing terhakis teruk sehingga bakul batu mendap dan sekurang-kurangnya sepuluh keluarga di pinggir sungai itu berada dalam situasi bahaya.

Tidak tidur lena

Tuan Ismail Tuan Merah, 63, berkata, tahun 2011, dia mengeluarkan perbelanjaan sendiri berjumlah RM6,000 untuk membina benteng bagi mengelak hakisan.

“Banjir kali ini menyebabkan hakisan lebih teruk sehingga sebahagian tanah di tepi rumah mendap dan saya tidak dapat bayangkan sekiranya banjir sekali lagi melanda.

“Sungai bengkang-bengkok di kawasan ini menyebabkan arus deras menerjah tebing sehingga penduduk tidak dapat tidur lena kerana bimbang rumah mereka runtuh,” katanya sambil memberitahu masalah hakisan hanya dapat diselesaikan sekiranya sungai itu diluruskan.

Masalah itu mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan Cherang Rotan, Wahab Jusoh yang meninjau rumah penduduk terlibat, semalam.

Wahab berkata, selain rumah penduduk terancam, Jalan Kilang Padi Lama turut dihakis menyebabkan ia tidak boleh dilalui kenderaan berat.

Katanya, masalah yang dihadapi penduduk akan dibawa kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Bila-bila masa runtuh

Seorang lagi penduduk, Zabidah Mat, 66, berkata, dia terpaksa meletakkan guni pasir sebagai benteng kerana rumahnya bila-bila masa sahaja boleh runtuh dan dihanyutkan arus.

“Makcik tidak berani mengatakan rumah makcik ini boleh bertahan selamat beberapa bulan lagi kerana hakisan tebing terlalu hampir dengan rumah,” katanya sambil berharap pihak berkenaan memandang serius masalah tersebut.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati pokok yang ditanam penduduk di belakang rumah masing-masing berada di dalam sungai kerana tebing terhakis selain struktur beberapa rumah mulai rosak.

Hampir bahagian dapur

Seorang lagi penduduk, Abdul Rahman Zakaria, 59, berkata, rumah yang didiami sejak hampir 40 tahun lalu benar-benar terancam kerana hakisan berlaku hanya kira-kira 0.2 meter dari bahagian dapur rumahnya.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mampu berdoa supaya musim tengkujuh berakhir dengan segera kerana saya tidak sanggup lagi menghadapi arus deras.

“Kami keresahan setiap kali tengkujuh tiba kerana rumah kami boleh runtuh bila-bila masa sahaja kerana tebing makin teruk terhakis,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: