Hampir Setahun Tiada Air

imageKUALA KRAI – Kampung Pak Jelak dalam Mukim Bedal, dekat sini, antara penempatan paling awal terputus hubungan apabila banjir melanda beberapa kampung di daerah ini, akhir Disember lalu.

Apabila hujan lebat kembali melanda Rabu dan Khamis lalu hingga menyebabkan air naik di beberapa kawasan rendah, jalan utama kampung itu sekali lagi ditenggelami air.

Namun, masalah setiap kali banjir itu cuma perkara kecil bagi penduduk jika dibandingkan masalah ketiadaan bekalan air bersih di kampung pedalaman itu sejak hampir setahun lalu.

Kesabaran penduduk sampai ke kemuncaknya Disember lalu, apabila ramai ambil keputusan membuang meter air di rumah masing-masing kerana tidak sanggup membayar sewa meter yang tidak dapat diguna.

Guna tawas jernihkan air

PENDUDUK, Iskandar Zulkarnian Salleh, 42, berkata, sejak masalah itu berlaku Mac tahun lalu, penduduk terpaksa menggunakan air tidak terawat dari telaga tiub atau air bukit dari sebuah parit di hujung kampung itu untuk kegunaan seharian.

“Saya terpaksa guna serbuk tawas untuk jernihkan air dari telaga tiub dan elak air daripada berbau. Telaga tiub saya memang sentiasa ada air tetapi bil elektrik pula meningkat,” katanya.

Menurutnya yang lebih dikenali Pak Cik Halim, dia meminta kakitangan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membuang meter air di rumahnya awal Disember lalu, malah ada penduduk lebih awal berbuat demikian.

“Kalau tak buang, saya kena bayar sewa meter RM4.80 sebulan. Saya akan pasang semula meter bila bekalan air bersih ke kampung ini pulih semula,” katanya yang bekerja sebagai peniaga pasar malam.

Guna air bukit, tadah air hujan

SAUDAH Yusoff @ Mat Yusoff, 63, pula berkata, dia terpaksa mengambil air bukit dari parit dalam sebuah kebun getah terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya atau menadah air hujan.

“Saya selalu sakit-sakit sebab selalu mandi air hujan. Kadang-kadang tekak gatal selepas minum air ambil dari parit bila ada kerja meracun atas bukit.

“Disebabkan masalah tidak ada air ini juga, mesin basuh saya rosak dan setiap hari, bertimbun-timbun kain nak kena basuh tangan,” katanya yang tinggal bersama dua lagi ahli keluarga.

Menurut Saudah, dia ada gali telaga tiub di rumahnya tetapi jarang sekali dapat digunakan kerana rumahnya terletak di kawasan tinggi dan air tidak sampai untuk dipam naik.

Tekanan air hilang

KETUA Operasi Jajahan, AKSB cawangan Kuala Krai, Ahmad Kamil Abdullah berkata, masalah dihadapi penduduk Pak Jelak disebabkan paip utama ke kampung itu hilang tekanan.

“Paip ke Pak Jelak hilang tekanan selepas air dari tangki utama turut disalurkan ke Kampung Pasir Era setelah projek pemasangan paip ke kampung itu siap.

“Sebelum itu pun, kampung ini (Pak Jelak) hanya dapat air pada waktu malam cuma selepas air dibahagikan ke Pasir Era, tekanan air terus hilang,” katanya.

Menurutnya, AKSB mungkin perlu memasang beberapa injap pelepas udara di paip utama terutama di kawasan berbukit bagi menyelesaikan masalah tersebut.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: