Isu Amanat Hadi: Rujuk Keputusan Majlis Fatwa 1984

imageGURUN – Umat Islam di negara ini perlu merujuk kembali keputusan Persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 (yang diperbaharui pada 2002) berhubung isu amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, bukan sahaja dalam soal amanat itu, istilah kafir-mengkafir sudah difatwakan bertentangan dengan ajaran Islam, bercanggah dengan usluk dan pendekatan dakwah, malah ia bertentangan dengan kaedah Islam.

Beliau berkata keputusan yang dicapai dalam persidangan pada November 1984 itu, sudah diangkat kepada Majlis Raja-raja pada 3 Disember tahun sama serta telah mendapat perkenan, dan itulah yang seharusnya dipegang oleh masyarakat Islam di negara ini.

“Fatwa itu kekal begitu dan ia tidak terikat menjurus kepada satu amanat sahaja, (sebaliknya) mana-mana pendekatan mengkafirkan (individu lain) adalah bercanggah dengan Islam. Ada orang ingat ia khusus kepada satu amanat, ia merangkumi semua dan sesiapa yang mengkafirkan orang lain, itu tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM26,000 kepada persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), sekolah dan masyarakat kawasan Gurun di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Puntar dekat sini hari ini.

Jamil Khir berkata, ketaksuban sebilangan masyarakat terhadap amanat itu akan memberi implikasi yang amat besar, malah hujah-hujah politik yang diseret ke dalam agama akhirnya hanya membawa perpecahan dalam masyarakat.

“Media turut memaparkan kes penceraian yang berlaku (disebabkan ketaksuban terhadap amanat itu), ia bukan sekadar cakap tetapi ada fakta, malah sampai sekarang masih berlaku, tahun lepas di Kelantan.

“Ada yang tidak sembahyang jenazah (disebabkan perbezaan politik), tidak makan kenduri, ada berlaku akad nikah dua kali, malah ada masjid mempunyai dua imam dalam satu masa,” katanya.

Beliau berkata, hal seperti itu berlaku mungkin atas kefahaman terhadap apa yang disebut sebagai amanat tetapi beliau yakin, masyarakat hari ini telah mempunyai kesedaran.

“Nasihat saya, kita berpegang kembali kepada apa yang dipesan mufti, khususnya dalam muzakarah khas itu, termasuk muzakarah di negeri Kelantan dan Melaka,” katanya.

Antara sekolah yang menerima sumbangan ialah SJKT Ladang Harvard Bahagian 2, SJKT Ladang Harvard Bahagian 1, SJKT Ladang Sungai Puntar, SJKT Ladang Sungai Bongkok dengan masing-masing menerima sumbangan RM3,000, manakala kelas tadika SJKT Ladang Sungai Puntar pula menerima sumbangan RM2,000.

Turut menerima sumbangan, PIBG SJKT Ladang Sungai Bongkok (RM4,000), Persatuan Kebajikan Kemajuan Kaum India Kawasan Gurun (RM3,000) dan Barisan Badan Kemajuan India SeMalaysia (RM5,000). – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: