Kalau Nak Tengok Nik Aziz Mengamuk

Tok Janggutnik aziz ngeh

Tok Janggut sudah buat kiraan Matematik berhubung jumlah keluasan tanah yang diberikan oleh kerajaan Pas pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada dua pemimpin Cina DAP Perak, Nga dan sepupunya Ngeh itu.

Pada perkiraan Matematik Tok Janggut, jumlah 4,000 hektar kalau dibahagikan kepada 2.4 hektar, akan keluar 1,666. Dan angka 1,666 ini bukan hektar atau ekar, tetapi bilangan, iaitu jumlah orang yang sepatutnya mendapat tanah itu.

Malangnya, Nik Aziz telah berikan tanah seluas 4,000 hektar yang penuh dan padat dengan pokok balak itu kepada Cina luar Kelantan. Sedangkan, mengikut perkiraan Tok Janggut, kalau jumlah 4,000 hektar itu dipecahkan lot, ia boleh dimanfaatkan kepada seramai 1,666 orang penduduk miskin.

Cuba bayangkan atau gambarkan wajah setiap rakyat miskin jika kerajaan negeri menganugerahkan setiap mereka 2.4 hektar atau enam ekar tanah itu untuk dimajukan dengan pelbagai jenis aktiviti pertanian. Tentulah ceria dan tidak ada kata bahasa nak diungkapkan, betapa gembiranya mereka.

Itu adalah jumlah yang Tok Janggut tahu telah diberikan secara susut-susut (menyorok) oleh kerajaan Pas kepada orang Cina Perak. Jumlah yang tidak diketahui, yang telah diberikan kepada orang luar sejak tahun 1990 sehingga kini, barangkali mungkin mencecah puluhan ribu hektar atau ratusan ribu hektar.

Cubalah buat perkiraan sendiri dari puluhan ribu hektar itu dibahagikan kepada 2.4 hektar. Dah berapa belas ribu rakyat miskin bebas dari belenggu kemiskinan. Rakyat yang hidupnya susah ni tak perlukan tanah yang luas sehingga berpuluh-puluh hektar untuk dimajukan. Beri seluas 2.4 hektar bersamaan enam ekar seorang pun sudah lebih dari cukup untuk mereka tampung dan sara keluarga sepanjang hayat.

Sebenarnya, cukup mudah untuk kerajaan nak tingkatkan ekonomi rakyat. Guna otak dan ambil kiraan Tok Janggut ini untuk diterjemahkan dalam mesyuarat mingguan Exco. Tetapi, kalau otak sudah beku, kalau mata asyik nampak duit jutaan ringgit, cakap apa pun mereka tak akan dengar.

Orang tua-tua kata, “air tenang jangan sangka tak ada buaya”. Tok Janggut pula kata, “jangan sangka berserban berkopiah itu tanda zuhud dan alim”. Biasanya, orang ‘zuhud’ dan ‘alim’ dalam Pas ini yang bahaya. Mereka bijak menggunakan kata-kata untuk menunjukkan kewarakan. Padahal, kata-kata warak itu adalah ungkapan iblis.

Iblis inilah yang menguasai diri pemimpin Pas sekarang, sehinggakan mereka tidak nampak langsung penderitaan rakyat di negeri sendiri. Apa yang mereka nampak ialah kemewahan yang mudah diperolehi daripada rakan-rakan kafir dari luar sana, dengan hanya menggadaikan bumi tercinta ini.

Sedihlah kalau yang sepatutnya mendapat tanah itu adalah rakyat miskin, tetapi secara dalam kenyataannya menjadi hak milik sebuah syarikat yang dimiliki penuh oleh Nga dan Ngeh, Cina DAP yang anti-Melayu dan anti-Islam. ladang rakyat

Pada Pas, perbuatan ini bertepatan dengan slogannya “Membangun Bersama Islam”, “Pas For All” dan “Negara Berkebajikan”. Maksud manifesto pun sudah diubahsuai, iaitu daripada janji pilihan raya kepada bukan janji pilihan raya.

Rakyat Kelantan kena tipu hidup-hidup oleh pemimpin Pas yang menyamar warak dan alim. Rakyat Kelantan telah diperbodohkan mentah-mentah sehingga ada antaranya tang taasub kepada pemimpin kanan Pas sanggup berbuat apa saja, asalkan pada sangkaan mereka, apa yang dilakukan oleh pucuk kepimpinan itu ‘menurut landasan agama’.

Jadi, Tok Janggut tak rasa peliklah kalau tiba-tiba rakyat bangkit dan bantah menuntut penjelasan daripada Nik Aziz berhubung pemberian tanah balak itu kepada DAP yang anti-Melayu, anti-Islam itu, kerana sewajarnya mereka berbuat demikian kerana itu hak mereka.

Sebagai rakyat, mereka adalah pemilik bumi Kelantan. Mereka ada hak ke atas harta itu. Nik Aziz dan konco-konconya yang berkopiah dan berserban hanya diberi amanah oleh rakyat melalui pilihan raya empat tahun sekali untuk menjaganya.

Apabila Nik Aziz diberi kepercayaan memikul tanggungjawab menjaga harta benda rakyat, makanya Nik Aziz perlu amanah dalam menjaganya. Beliau tidak boleh sewenang-wenangnya menyeleweng sesuka hati. Memberi tanah kepada siapa yang dia suka.

Nik Aziz tidak boleh buat begitu. Beliau tidak boleh hakis kepercayaan rakyat atas ‘kezuhudan’ dirinya dengan membelakangkan amanah rakyat. Sungguhpun banyak lagi penyelewengan yang dilakukan, yang tidak disedari atau tidak diketahui oleh rakyat, tetapi Allah Maha Melihat segalanya.

Stesen minyak Petronas Pulau Melaka milik anak Nik Aziz

Stesen minyak Petronas Pulau Melaka milik anak Nik Aziz

Apabila bercakap soal amanah, tiada siapa pun rela atau sanggup melihat tanah air mereka digadai atau diberikan kepada orang asing begitu sahaja. Walaupun pemberian itu dikategorikan sebagai tanda terima kasih atas ‘pertolongan’ atau ‘bantuan’ orang-orang kafir pada pilihan raya umum sebelumnya.

Hatta Nik Aziz sendiri pun Tok Janggut rasa akan tercabut kopiah dan serbannya kalau dapat tahu tanah miliknya di Pulau Melaka telah diberi pajak kepada orang-orang Cina DAP atau kepada pihak yang bukan suku sakat darah daging Cik Siti Wan Kembang.

Tok Janggut tak boleh bayangkan bagaimana rupa bentuk muka Nik Aziz yang mengamuk sakan macam orang kena rasuk kalau dia dapat tahu tanahnya atau mana-mana tanah wakaf di Pulau Melaka diberi pajakan selama 100 tahun kepada orang Cina. Cina DAP.

Tags:

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: