PRU13: Indeks Berkaitan Malaysia Kukuh Jika BN Diberi Mandat Besar

Awang_Adek_HusinBACHOK – Peningkatan atau pengekalan beberapa indeks di Malaysia di peringkat antarabangsa sebagaimana yang dicapai tahun lepas untuk tempoh tahun ini, faktor utamanya bergantung kepada kestabilan politik dan ekonomi dalam negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13, akan menentukan kedudukan itu sama ada menurun atau semakin meningkat.

“Jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat yang lebih besar, saya yakin kedudukan indeks berkenaan semakin bertambah baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Perupuk di sini, hari ini.

Awang Adek berkata sebagai mengulas laporan indeks antarabangsa antaranya World Peace Index yang beribu pejabat di Australia menyebut beberapa bidang indeks Malaysia semakin meningkat dari 2007 sehingga 2012.

Katanya, ini termasuk keyakinan pelabur asing dari tangga ke-16 pada tahun 2007 kepada tangga ke-10 pada 2012, mudah niaga dari tangga ke-25 pada 2007 kepada tangga ke-18 pada 2012, daya saing dari tangga ke-19 pada 2007 kepada tangga ke-14 pada 2012 dan keamanan dunia dari tangga ke-37 pada 2007 kepada tangga ke-12 pada tahun lepas.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan berkata, kejayaan itu didorong oleh antara lain transformasi ekonomi dan politik yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berasaskan perkembangan itu, beliau meminta rakyat supaya jangan mudah terpengaruh dengan kempen-kempen parti pembangkang untuk mengubah pucuk pimpinan negara pada pilihan raya umum akan datang kerana kesannya tidak sebagaimana yang didakwa.

Katanya, banyak negara yang berlaku perubahan politik, seperti Jepun, India, Korea dan Taiwan kini kembali kepada parti asal mereka apabila parti baru yang dipilih tidak dapat menunaikan apa yang dijanjikan.

Awang berkata, sebarang perubahan politik terhadap sesebuah negara boleh menimbulkan masalah keyakinan pelabur dan sekaligus menjejaskan pertumbuhan ekonomi manakala rakyat pula terpaksa menanggung risikonya yang lebih buruk. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: