3 Sahabat Rompak Bersenjata

imageKOTA BHARU -Tiga sahabat berdepan hukuman penjara sehingga  20 tahun dan sebatan kerana merompak sebuah motosikal milik seorang pekerja kampung menggunakan pisau di Kuala Krai, Disember tahun lalu.

Wan Mohamad Ikhwan Wan Omar, 24, Mohamad Azizi Ab.Rashid, 24 dan Norhafizi Nordin, 21, membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas pertuduhan dibacakan.

Bagaimanapun Hakim Azman Mustapa menetapkan 13 Januari ini untuk sebutan semula kes sebelum hukuman dijatuhkan terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas merompak motosikal Honda EX5 milik Mohd Elias Mat Isa, 24, jam 11.30 malam di tepi jalan sebuah sekolah di Kuala Krai.

Semasa melakukan rompakan pada 4 Disember lalu tertuduh bersenjatakan pisau, oleh itu kesemuanya didakwa mengikut Seksyen 395/377 Kanun Keseksaan. Kes itu dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norhamizah Ghazali  dan jaminan tidak ditawarkan terhadap tertuduh. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: