BN Pulau Pinang: DAP Perlu Buat Pemilihan CEC Baru Untuk Bukti Ketelusan

photo_vip_dap_lim_guan_engGEORGETOWN – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mahu DAP mengadakan semula pemilihan bagi Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) bagi membuktikan bahawa parti itu benar-benar mengamalkan prinsip “Cekap, Akauntabiliti dan Telus” (CAT).

Pengerusi Perang Saraf BN Pulau Pinang Datuk Dr J. Loga Bala Mohan berkata sehubungan dengan itu kesemua anggota CEC yang telah terpilih pada pemilihan parti Disember lepas perlu meletak jawatan.

“Mereka harus bertanggungjawab atas apa juga kesilapan yang berlaku, kesemua mereka  20 anggota CEC perlu letak jawatan dan buat pemilihan semula bagi mengembalikan keyakinan  rakyat.

“Itu sahaja yang perlu mereka lakukan dan tidak perlu lakukan yang lain, buktikan  bahawa mereka mengamalkan prinsip CAT yang dilaung-laungkan selama ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu kesilapan teknikal dalam pengiraan undi yang menimbulkan kontroversi cukup besar dengan pelbagai pihak yakin bahawa ia dibuat semata-mata bagi membolehkan orang Melayu tersenarai sebagai anggota CEC parti itu.

Kontroversi itu timbul ekoran DAP membuat pindaan selepas 19 hari keputusan pemilihan CEC diumumkan pada 15 Dis lepas dan tiada orang Melayu menang dalam pemilihan itu.

Pindaan keputusan pemilihan CEC itu didakwa menunjukkan DAP tertekan dalam usaha membuktikan parti itu pelbagai kaum.

Sementara itu Ketua Wanita MCA Tan Cheng Liang mahu Ketua Menteri Pulau Pinang yang  juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertanggungjawab atas kontroversi yang berlaku dan tidak meletakkan kesalahan pada orang lain.

“Beliau (Lim) sebagai setiausaha agung parti perlu bertanggungjawab, jangan selalu  menyalahkan orang lain, dan jangan suruh orang lain letak jawatan. Apa yang berlaku ini  adalah sesuatu yang melucukan,” katanya.

Baru-baru ini DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC pada Disember  lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20, sekali gus terpilih sebagai anggota CEC.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.- Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: