PM Mahu Bajet 2013 Dilaksana Dengan Cekap Dan Lancar

Najib-Razak1PUTRAJAYA –  Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menegaskan hala tuju penjawat awam untuk tahun ini mahu mereka memastikan Belanjawan 2013 dilaksanakan dengan cekap dan lancar dengan memberi tumpuan kepada agenda transformasi negara yang memberi kesan dan kepuasan kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, sesuai dengan belanjawan (bertemakan ‘Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati’) sudah tentunya beliau mahukan kesinambungan dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan dan penjawat awam memberi penekanan kepada pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Hala tuju yang berteraskan intipati Belanjawan 2103 ini akan secara langsung memberi suntikan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pengurusan eknomi yang baik, katanya pada perjumpaan bulanan pertama tahun 2013 dengan petugas Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata, ia merupakan hala tuju yang perlu diberi penekanan oleh semua penjawat awam, ke arah menjadikan 2013 sebagai tahun yang amat cemerlang dalam lipatan sejarah negara.

Perpaduan dan jati diri nasional perlu diperkukuh berpaksi kepada gagasan 1Malaysia, agar rakyat dari segenap lapisan masyarakat dapat merasakan bahawa kerajaan hari ini sememangnya dipimpin oleh sebuah kerajaan yang adil, saksama dan bersifat inklusif, katanya.

Menurut beliau, pertumbuhan baik ekonomi negara yang berterusan menuntut kepada pengurusan yang baik, agar dapat memastikan bahawa kekayaan negara diagih kepada seluruh rakyat, berasaskan kepada keadilan sosial.

“Dengan cara ini kita dapat tentukan bahawa kekayaan negara tidak tertumpu kepada peringkat atau kawasan tertentu sahaja, tetapi mesti dirasai oleh rakyat teramai,” katanya.

Menyentuh pelaksanaaan agenda NBOS, Najib berkata, ia memerlukan kerjasama jabatan berlainan dalam menjayakan setiap projek secara bersepadu.

Selain itu Perdana Menteri ingin melihat penjawat awam di semua peringkat kementerian, mencapai sepenuhnya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di samping meneruskan kesinambungan dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan.

“Sebagai warga penjawat awam, kita teruskan usaha penambahbaikan berdasarkan kepada tiga aspek yang pernah saya sebutkan sebelum ini, iaitu perkhidmatan yang cepat, tepat, berintegriti; pemikiran kreatif serta inovatif; dan penekanan kepada produktiviti.

“Tahun ini banyak inisiatif baru akan diperkenalkan, termasuk pelan pembangunan pendidikan yang akan dibentangkan secara muktamad, dan ini juga akan beri kesan besar kepada masa depan dan pembangunan modal insan negara,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: