Curi Sardin, Buruh Dijel 2 Tahun

imageKOTA BHARU – Angkara enam tin sardin dan tiga paket Milo yang dicuri, seorang buruh terpaksa meringkuk di penjara selama dua tahun selepas diputuskan Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly selepas lelaki berusia 29 tahun itu mengaku bersalah.

Mohd Zamri Mustafa dari Kampung Gertak Kechupu di sini mengaku mencuri dua barangan bernilai RM70 itu di sebuah kedai runcit di Jalan Pauh Lima di sini, pada jam 12 tengah hari, 20 Disember lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Lelaki terbabit memiliki rekod lampau menceroboh, dan mencuri selain pernah dihukum atas Akta Kesalahan Kecil sebelum ini.

Pada prosiding semalam, Mohd Fazaly Ali sempat mengingatkan tertuduh supaya menginsafi perbuatannya kerana dia boleh dikenakan sebatan jika masih mengulangi kesalahan itu.

Mohd Zamri yang berbaju lokap ungu itu semalam menganggukkan kepalanya tanda faham.

Dalam perkembangan sama, tertuduh mengaku tidak bersalah mencuri sebuah motosikal Honda bernilai RM2,000 milik seorang warga emas di hadapan kedai kopi, Simpang Empat Kampung Sungai, Bachok, pada jam 1 petang, 7 Disember lalu.

Susulan itu, kes ditetapkan sebutan semula pada 17 Januari depan dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: