Penagih Dipenjara 12 Bulan

imageKOTA BHARU – Padah menagih, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly selepas tertuduh mengaku bersalah.

Tidak cukup dengan itu, Mohd Zulkefeli Awang @ Idris, 31, turut dikenakan perintah pengawasan selama dua tahun di balai polis Kota Bharu setiap 9 hari bulan setiap bulan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan kepada dirinya sendiri dadah jenis metamphetamine pada jam 8 pagi, 17 September lalu.

Mohd Fazaly Ali dalam sebelum memutuskan hukuman sempat menasihatkan tertuduh supaya berhenti menagih kerana jika kesalahan itu diulangi, tertuduh boleh dikenakan rotan. Dia juga mempunyai rekod memiliki dadah sebelum ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: