Remaja Hilang Dirayu Pulang Segera

imageKOTA BHARU – Seorang remaja, Chua Cheng Lan, dirayu pulang ke pangkuan keluarganya untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang neneknya yang meninggal dunia kerana sakit tua semalam.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Kota Bharu, Ong Hanxien berkata, Cheng Lan dilaporkan hilang sejak Julai 2012 dan pihak keluarga tidak menerima sebarang khabar berita daripada gadis itu.

“Keluarganya merayu supaya Cheng Lan pulang kembali untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang neneknya, Lua Mek Hong, 79, yang meninggal dunia semalam,” katanya ketika ditemui di Wat Aril, Peringat, semalam.

Menurutnya, Cheng Lan yang berkacukan Cina-Siam itu merupakan seorang juru jual di salah sebuah pusat membeli belah di sini dan pernah hilang awal tahun lepas namun kembali semula ke pangkuan keluarganya sebelum menghilangkan diri pada Julai tahun lalu.

Sementara itu, bapa Cheng Lan, Chua Chee Huat berkata, kepulangan anaknya itu sangat dinantikan keluarga kerana mendiang ibunya sangat menyayangi Cheng Lan.

Kata Chee Huat, upacara tersebut akan dilakukan jam 1 tengah hari esok (hari ini) di Wat yang sama dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat.

Beliau berkata, Cheng Lan yang merupakan anak keempat dari lima beradik itu sangat periang dan aktif bersukan di sekolah. Orang ramai yang mempunyai maklumat terkini mengenai Cheng Lan diminta menghubungi bapanya di talian 0199066297.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: