Warga Emas Maut Dirempuh

imagePASIR PUTEH – Warga emas yang cuba melintas dari kiri ke kanan jalan dengan kereta jenis Kancil meninggal dunia akibat dirempuh kereta dari arah Pasir Puteh ke Jerteh dalam kejadian jam 9 pagi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Mohd Kamal Zainal berkata, Eng Eh Chit, 71, dari Kampung Ketik Buluh, Semerak yang cedera parah termasuk patah tulang rusuk meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA).

Katanya, kejadian itu berlaku apabila kereta jenis Nissan yang dipandu Mohd Azhar Jusoh, 40, berasal dari Kampung Kubang Telaga, Bachok bertembung dengan kereta yang dipandu Eng yang bertindak melintas jalan di kilometer 48.1 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu.

Mohd Azhar mengalami cedera ringan dan kemalangan itu menyebabkan kedua-dua kereta terbabit terhumban ke dalam parit di hadapan Restoran Zakaria yang lebih dikenali sebagai Pokya Gear box berhampiran simpang ke Sekolah Kebangsaan Sri Aman.

Mohd Kamal berkata, Mohd Azhar tidak sempat mengelak selepas menuruni jambatan Sungai Rasau sebelum merempuh kereta mangsa yang secara tiba-tiba melintas jalan.

“Polis sedang siasat punca sebenar kemalangan ini dan meminta orang ramai yang melihat kejadian itu tampil membantu polis,” katanya.

Eng yang berada di tempat duduk keretanya dikeluarkan anggota bomba dan dibawa ke HTA sebelum menghembuskan nafas terakhir tidak lama selepas itu.

Ketua Balai Bomba Pasir Puteh, Joharuddin Hashim berkata, mangsa tidak tersepit walaupun bahagian kanan keretanya remuk teruk.

“Kami tidak mengambil masa lama untuk mengeluarkan mangsa dan dia dibawa ke hospital sebaik sahaja berjaya dikeluarkan dari keretanya,” katanya.

Penduduk setempat, Ahmed Jaafar, 65, berkata, dia terkejut mendengar dentuman kuat dari arah jalan ketika menunggang motosikal untuk ke Restoran Zakaria.

“Pakcik melihat dari jauh pemandu kereta Kancil tidak bergerak dalam keretanya yang terhumban ke dalam parit sementara pemandu kereta lagi satu berjaya keluar,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: