Cabul Anak Jiran: Kontraktor Didenda RM7,000

imageKOTA BHARU – Seorang kontraktor didenda RM7,000 selepas mengaku bersalah mencabul anak jirannya dalam bilik tidur sebuah rumah di Jalan Pengkalan Chepa di sini, tahun lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly terhadap Hussni Hussain, 47, dari kampung sama.

Hussni didakwa pada pertuduhan pindaan menggunakan kekerasan jenayah ke atas remaja berusia 13 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya pada jam 3 pagi, 13 Mac di rumah mangsa.

Dalam kejadian itu, mangsa sedang bermain komputer di ruang tamu didatangi tertuduh dan berpura-pura bertanya tentang mancis yang didakwa tertinggal.

Mangsa yang curiga dengan tertuduh kemudian berlari ke dalam bilik tetapi diekori sebelum lelaki itu memegang bahu dan cuba membaringkannya.

Dia bagaimanapun sempat menepis dan berlari ke arah bilik air serta bersembunyi selama 15 minit sebelum menjerit memberitahu abangnya yang sedang menjual burger di luar rumah.

Pada prosiding semalam, Mohd Fazaly Ali turut mengarahkan tertuduh membayar pampasan berjumlah RM3,000 kepada tertuduh selain RM500 dikenakan untuk kos pendakwaan.

Tertuduh dilihat meninggalkan mahkamah setelah denda dan pampasan itu dijelaskan. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: