Nik Aziz: Perokok Tidak Dilantik Anggota PBT Kelantan

imageKOTA BHARU – Kerajaan Kelantan tidak akan melantik individu yang merokok bagi mengisi jawatan anggota majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu sebagai salah satu usaha mendisiplinkan pemimpin dalam sesebuah agensi kerajaan negeri di bawah pentadbirannya.

“Sebagaimana parti (Pas) sebelum ini tidak memilih calon mereka yang merokok, kita (kerajaan negeri) juga tidak akan pilih ahli majlis daerah atau anggota PBT yang merokok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota PBT dari seluruh negeri ini di sini, hari ini.

“Bagi saya tidak pilih mana-mana ahli majlis daerah yang merokok sebagaimana juga calon pilihan raya,… lainlah kalau saya tak tahu,” katanya.

Nik Abdul Aziz dalam ucapannya sebelum itu menegur sesetengah penyokong dan pemimpin Pas yang menghisap rokok di kalayak umum sambil memakai ketayap (kopiah) dan berimejkan orang Islam.

“Mereka ini seolah-olah berlagak seperti seseorang yang mempunyai pistol menunjuk-nunjukkan kepada khalayak umum walaupun mempunyai lesen,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: