Polis Tingkat Usaha Kesan Baki OKT

imageTASEK GELUGOR – Polis meningkatkan usaha memburu tujuh tahanan yang melarikan diri kelmarin dengan meletakkan lebih ramai anggota dan meluaskan kawasan pencarian sehingga melangkaui sempadan sekitar daerah ini semalam.

Ia melibatkan pertambahan lebih 120 pegawai dan anggota dari Batalion Ke-2, Pasukan Gerakan Am yang berpangkalan di Kulim selain Unit Anjing Pengesan (K-9) dan Unit Udara Polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, sekatan jalan raya di pelbagai hala laluan sekitar daerah, rondaan berterusan melibatkan kereta peronda diteruskan tanpa henti sejak hari kejadian itu.

“Anggota dikerah menjejaki tahanan terbabit sehingga ke sempadan daerah Lunas, Kedah dan beberapa kawasan hutan sekitar tempat mereka dipercayai mula-mula melarikan diri di Ara Kuda di sini.

“Malah kita mengarahkan anggota dari unit jenayah bersama anggota tugas am terus menjalankan pencarian di tempat yang disyaki termasuk membuat tinjauan di beberapa kampung,” katanya.

Kelmarin, gerakan besar-besaran dilancarkan di daerah ini oleh polis selepas sembilan tahanan yang dibawa dari Penjara Pulau Pinang untuk menghadapi prosiding di Mahkamah Butterworth, bertindak nekad melarikan diri.

Tahanan itu membabitkan kes bunuh, samun bersenjata dan mencederakan orang turut bertindak ganas membelasah empat anggota polis pengiring sebelum meninggalkan mereka dalam keadaan cedera di jalan susur keluar Pantai Bersih di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (Borr).

Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, mereka sempat mengambil kunci gari dari anggota polis pengiring berkenaan dan bertindak melarikan diri dengan van berkenaan.

Bagaimana pun, van polis itu ditemui semula di Kampung Padang Cempedak, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian bersama dua tahanan manakala tujuh lagi melarikan diri ke arah hutan di Kampung Ara Kuda.

Tinjauan mendapati beberapa sekatan jalan raya turut diadakan melibatkan pemeriksaan kenderaan dan anggota polis berada di kawasan perkampungan sekitar daerah ini untuk menjejaki tahanan terbabit.

Polis juga mengedarkan gambar semua tahanan itu kepada penduduk dan pengguna jalan raya selain menasihati mereka tidak bertindak sendiri jika terserempak atau dihampiri tahanan yang dicari itu.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: