PRU13: Hormati Keputusan TI-M, Kata Muhyiddin

imageSEREMBAN –  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak supaya menghormati keputusan badan pemantau rasuah Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) yang menolak jemputan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menjadi pemantau dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, tindakan itu mungkin dibuat kerana pihak berkenaan merasakan tidak berminat atau yakin sistem yang diamalkan di sini telus dan tidak wajar bagi mereka hadir menjadi pemerhati.

“Kita tak boleh kata kamu mesti datang, itu adalah pilihan mereka dan kita harus hormati apabila sesuatu pihak membuat keputusan, apa yang kita nak pertikaikan,” katanya.

Berhubung persediaan Barisan Nasional (BN) negeri menghadapi PRU13, Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, parti-parti komponen kini berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi dan yakin faktor sokongan yang kian meningkat, rakyat akan terus memilih BN untuk kekal memerintah.

Beliau berkata BN juga yakin dapat mengekalkan bilangan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi sebelum ini serta menebus kembali 15 kerusi yang dikuasai pembangkang selain memenangi tujuh daripada lapan kerusi Parlimen yang diperuntukkan.

“Namun begitu, sebagaimana biasa saya ingin mengingatkan setiap peringkat pemimpin BN supaya perkukuhkan kedudukan parti terutama dari segi kerja yang perlu dibuat sama ada di peringkat bahagian atau kawasan untuk menentukan berlakunya peningkatan sokongan yang lebih ketara oleh semua kaum selain bijak menguruskan.hal-hal yang berlaku dan tersebar di media sosial,” katanya mengulas mengenai taklimat persediaan menghadapi PRU oleh semua pemimpin parti komponen BN yang berlangsung secara tertutup sebelum itu.

Muhyiddin berkata berikutan taklimat itu, beliau mahu setiap pemimpin di semua peringkat mengetahui dan memahami kedudukan sikap pengundi di semua kawasan dengan melakukan ‘man marking’ ke atas setiap pengundi. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: