Rompak Guna Pistol: Dua Ahli Geng Zawa Dipenjara 7 Tahun, 3 Sebatan

imagePASIR MAS – Dua pemuda dihukum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan, selepas didapati bersalah merompak seorang pekerja pam minyak menggunakan sepucuk pistol.

Mereka yang juga ahli Geng Zawa didakwa merompak Rosmalinda Ahmad, 27, dengan bersenjatakan pistol revolver .38. pada jam 2.30 petang, 23 November lalu.

Dalam kejadian ini, suspek melarikan telefon bimbit Samsung Galaxy Y mangsa dan wang tunai pernigaan RM 2,800.

Selepas kedua-duanya mengaku bersalah, Hakim, Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Azman Mat Yusoff, 38, dan Engku Asmawi Engku Harun, 25.

Mengikut fakta kes, Engku Asmawi yang memandu kereta Proton Wira mengacukan pistol ke arah Rosmalinda kemudian mengambil wang dalam laci pam minyak serta telefon bimbit milik mangsa.

Manakala rakannya, Azman mengambil wang dari pam minyak bersebelahan dan masuk semula ke dalam kereta sebelum memecut laju meninggal kawasan tersebut.

Engku Asmawi yang berasal dari Pasir Mas berjaya ditangkap pada 24 November lalu manakala Azman dari Bachok, ditangkap tiga hari kemudian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mariah Omar manakala tertuduh-tertuduh tidak diwakili peguam.

Keduanya didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Hakim memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman berkuasa kuasa dari tarikh semalam.

Suspek merupakan ahli geng Zawa yang diketuai oleh Zawa Abd. Halim, 34, dari Pasir Mas yang ditembak mati oleh polis, dalam kejadian berbalas tembakan di Kilometer 45 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Kemuning, Machang.

Zawa merupakan penjenayah paling dikehendaki kerana mempunyai sembilan rekod jenayah lampau dan pernah mencederakan seorang anggota polis di Paloh, Gua Musang 1 November lalu.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: