Tanaman Kawasan Rendah Musnah

imageBACHOK – Rentetan musim hujan yang melanda lebih seminggu lalu, kawasan rendah di negeri ini mengalami kemusnahan tanaman.

Bagi petani di kawasan Kampung Sungai dan Kampung Teluk, mereka tidak terkecuali apabila beberapa hektar kawasan pertanian mereka ditakungi air sekali gus menyebabkan semua tanaman rosak.

Warga emas, Mohamad Awang Mat, 76, berkata, tahun ini, semua tanamannya termasuk tiga ekar labu, setengah ekar terung dan hampir seekar anak jagung musnah akibat ditakungi air.

“Saya bercucuk tanam sejak usia muda, tetapi tidak pernah berdepan masalah tanaman rosak akibat ditakung air seperti tahun ini.

“Modal untuk membajak dan benih sahaja melebihi RM2,000, keseluruhan kerugian mencecah RM5,000,” katanya.

Kerugian yang sama turut ditanggung seorang warga emas, Awang Terah, 64, yang rugi lebih RM15,000 apabila tanaman labunya ditenggelami air.

Seorang lagi petani yang mengalami kerugian musim ini ialah Hasmah Mohamad, 57, apabila semua terungnya rosak.

“Tahun ini saya tanam terung setengah ekar dan tidak menyangka ia rosak teruk dalam percubaan kali pertama. Tahun sebelumnya ketika saya menanam tembikai, tidak pernah hujan sehingga air bertakung.

“Tahun ini rezeki tidak berpihak kepada saya, tetapi saya harap ada pihak tampil memberikan bantuan untuk meringankan bebanan kami yang bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini,” katanya yang mengalami kerugian kira-kira RM3,000.

Bagi penanam jagung, Mohd Kassim Mohamad, 53, berkata, tanaman jagung madu mutiaranya sebanyak lima ekar turut musnah dan menyebabkan dia rugi melebihi RM5,000.

“Sepatutnya jagung saya dikutip dalam masa terdekat ini, tetapi semuanya tidak dapat diselamatkan.

“Sudah lama saya mengusahakan tanaman jagung, tetapi air bertakung dalam relung kebun pertanian kami,” katanya.

Penduduk dikenali sebagai Mat Misai berkata, dia kecewa apabila tiada pemimpin turun padang bertanya khabar mengenai nasib penduduk di situ sejak musim hujan.

Katanya, pemimpin seharusnya bertanggungjawab bertanya masalah petani pada musim tengkujuh ini.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: